Friday, June 12, 2009

NEXT WEEK..?

Next week maybe barang2ku akan sampai. beli online. senang je kan sekarang ni. just click click click, barang pun sampai depan pintu. tak payah nak susah2 pegi cari kat kedai, tak payah susah2 pakai cantik2 nak keluar. huhu. and my first online shop is cleaning out my closet. tauke yang baikkk..huhu. daa

Wednesday, June 10, 2009

R.A.N.D.O.M



Mix photos. ada event yang da basi tapi takpela. tengok je la ek.. :)


Stadium Terengganu..






Indonesia..


YESTERDAY.TODAY.TOMORROW

mr. boyfie sgt bz sekarang. sehari suntuk tak dapat call dan msg. sedih. kan selalunya walaupun duk jauh tapi sehari berkali-kali call dan mesej. tapi sekarang da lain. walaupun gembira dia da habis belajar, tapi sampai bulan 12 ni terpaksa la tahan dulu dengan semua ni. entahla, dulu time mula2 couple pun pernah berpisah lama sebab dia kena pergi training sebulan. tak boleh bawak nset. tapi dulu macam tabah sikit. sekarang ni walaupun dapat jugak cakap telefon walaupun tak lama tiap2 hari tapi still rasa sedih dan tak suka. huhu. and maybe dalam bulan 7 or 8 ni dia kena masuk hutan. of course la tak pakai handset kan. camana la agaknya. adoii. just boleh cakap dengan diri sendiri supaya bersabar. maybe ni kali terakhir kot terpaksa tahan semua ni. dia pun cakap macam tu. harap2 la kan.. :) apepun, I L H..

hope bila call malam2 kita tak gaduh da..

Wednesday, June 3, 2009

STADIUM SULTAN MIZAN TERENGGANU RUNTUH

Terkejut bila dapat sms dari sorang kawan pagi semalam yang bagitau stadium terengganu runtuh. yela, da aku ni belajar kat terengganu kan. tiap2 kali nak pegi bandar mesti lalu stadium tu punya. cantik dan besar stadium tu. memang jadi kebanggaan orang terengganu termasuklah aku dan kawan2 yang belajar di ini walaupun kami bukan la lahir di sini.

Di stadium tu jugakla aku dan rakan2 sekelas pegi main bowling untik melepaskan tension lepas exam. seronok. yela, sebelum ni tak pernah pun main bowling kan. just main bowling mainan kecik2 dulu ada la..huhu

Dan yang paling penting, kat stadium tu la aku bersesak2 pergi untuk tengok konsert siti nurhaliza dan dafi sempena acara perasmian SUKMA Terengganu dulu. rasa macam baru lagi. tak sangka sekarang da runtuh. walaupun tak runtuh 100%, tapi banyak jugak runtuhnya. kalau tengok dari atas nampak macam separuh jugak la. nasib baik tak runtuh time aku ada. dan nasib baik juga takde kehilangan nyawa.

Kita tunggu je la apa dorang nak buat dengan stadium tu nanti. kat mana la aku nak pergi main bowling pasni. huhu

xoxo

SAPE NAK BUAT DUIT SENANG?

hai..

kepada sesiapa yang rajin mengadap komputer dan internet, anda boleh buat duit tau. kat youthsays punya laman web, bila kita buat survey, kita akan dapat duit. takdela banyak pun..tapi kalau korang buat banyak survey, kan banyak boleh kumpul. kalau invite orang join pun, boleh dapat duit. kalau nak register, klik je link youthsays kat sebelah ni..

selamat mengumpul duit.. ;-D

LAYAN JE ENTRY TENSION NI..

Oleh kerana da terkena semalam, aku da malas tulis post terus kat tempat posting. Baik aku buat macam selalu, tulis semua dulu kat word and bila rasa free or ada mood baru post kat blog. Huhu. Baru pukul 7.30 pagi. Tapi da rasa malas. Malas nak pegi moot court. Tapi nanti duduk bilik tak jadi kerja. Main2 je. Tido memanjang. Haiiii..ntahla. kepala ni da la serabut fikir tentang program anak angkat esok. Malas giler nak pergi. Tapi da jadi secretariat nampaknya terpaksalah jugak gagahkan diri untuk pergi. Da la lama, 4 hari. Macam apa je. Kadang2 bila orang malas macam aku ni masuk banyak2 aktiviti, mula la buat sesuatu tu dengan perasaan malas dan tak ikhlas. Ntahla. Aku akan pastikan semua aktiviti yang bersisa ni adalah yang terakhir. Aku da malas..aku nak rileks je macam sem 1 dan 2 aritu. Lagipun aku da tua. Da final year da pun..

Pas ni nak mula operasi mendobi pulak. Da la sebaldi besar. Aduh..hidup2. mr. bf pun bz. Time dia free pun pukul 11 malam ke atas je. Nak marah pun nanti gaduh. So, bia je la. Layan jer macam sorang sepupu aku slalu cakap. Nanti lama2 semua ni berlalu jugak kan. So, pesanan aku, kalau korang ada rasa tension dengan sesuatu perkara korang cakap kat diri korang, “ala takpe, layankan je la mende ni, nanti lepas aku bangun tidur 2 3 hari lagi mende ni da jadi kisah semalam..”. huhu

Ok la. Aku rasa aku harus pergi bermain sabun sekarang. Babai. Thanx for reading.. ;-D

Tuesday, June 2, 2009

HARI INI..

ni je yang aku boleh hadiahkan kat korang hari ni. filet o fish yang dibelanja lecturer aku pagi tadi. penat2 tulis entry panjang2 pastu ilang plak..wtf!

Monday, June 1, 2009

sudah pulang ke uni..

hi everybody...

selamat hari isnin.saya sudah pulang ke uni. menyampahnya kena balik awal. padahal cuti ada sebulan lagi. ni semua kerana mooting competition la. tapi demi pengalaman, takpela kan. redha je la.

da la kena duduk bilik baru. maknanya kena pindah masuk bilik baru. malasnyer. ni pun tengah tunggu kawan pegi sewa kereta untuk angkut barang. agak jauh jugak blok asrama baru tu. memang tak larat nak angkut barang secara manual. huhu. so terpaksalah berkorban duit sikit walaupun ptptn belum masuk lagi.

ni gambar meja study yang bersepah di bilik lama :)