Friday, August 2, 2013

OVARIAN CYST AND THE OPERATION

Salam All,

Selamat menghabiskan puasa. Selamat mengejar peluang untuk melakukan ibadah2 di akhir2 Ramadhan ni. Harini nak story tentang cyst. Sebenarnya a few days lepas kahwin saya da tau yang saya ade cyst kat ovari kiri. Tu pun kebetulan pegi clinic sebab gatal2 kata belakang badan. So sekaligus saya mengadu pada doctor yang saya ada rasa something is not right kat bahagian kiri bawah perut. So dr bagi surat refer kat hospital suruh buat ultrasound. Then bila pegi scan esoknya, dr kata ada cyst sebesar 6cm and dalam tu berisi cecair.

So lepas tu ada la pegi check dengan dr kat hospital lain and dr tu pun confirmkan pasal cyst tu. Dr kedua yang saya pegi tu suruh buat tumor marker dulu untuk tengok sama ada cyst tu cancerous atau tak. Cara buat tumor marker ni ialah dengan amik darah and lab akan test darah tu. Alhamdulillah tiada tanda cancer.

Lepas tu memang dr nasihatkan suruh operate je buang tapi saya tangguh2 kan sampai la lebih dari setahun. Alhamdulillah cycle period tetap dan tak terjejas kerana cyst tu. Tapi dalam masa yang sama tak pregnant2. sym mg dgr orang kata kalau ada cyst tu dia boleh mengganggu proses nak pregnant and ada jugak pengalaman orang yang walaupun Berjaya pregnant tapi cyst tu akan membesar sekali dengan baby dan mengakibatkan tumbesaran baby terbantut. Tapi saya tetap nak pregnant jugak.

Satu ketika tu, masa tu saya tengah busy pindah rumah. Lepas pindah rumah tu saya stay rumah kawan sebab husband kena balik kuching. Masa tu memang period saya tak datang2. tapi tanda2 nak period tu semua saya da rasa macam lenguh kat sendi2 kaki. Tapi period tak muncul2 jugak. Saya tak berapa nak test sama ada pregnant atau tak sebab takut kecewa. Tapi ….

BERSAMBUNG…. ;)