Friday, March 18, 2016

Eczema dan ubatnye... Baybie cream

Salam semua

Im blogging from my phone. Sebab bila dah resigned ni dah payah nak dapat mengadap laptop. Dulu kat opis hari hari kan duk depan laptop. Sekarang tidak lagi hehe.

Dah jadi SAHM ni kepala memang clear sangat. Jarang la serabut2 and stress teruk macam time kerja dulu. Tapi stress sikit2 tu haruslah ade kan. Well mana ada life yang indah sentiasa kan.

Few months ago  saya dapat sakit baru ie eczema. Terkejut sangat sebenarnya bila dapat eczema ni. Well keturunan saya memang kuat asma. And adik saya memang pernah kena eczema time kecik2 dulu. Saya pulak xpernah tau yang eczema ni boleh kene kat orang dewasa. Memang seksa sangat sebab my eczema mmg teruk. Tak boleh tidur malam sebab asyik menggaru. Nak jaga baby pun sangat2 terganggu tambah2 lagi time malam. Adoii ngeri bila ingat balik.

Mula2 start dengan gatal2 kat pelipat tangan and kat bahagian betis. Lama2 melarat sampai almost keseluruhan tangan and kaki. Leher jgk. Bayangkan! Semua merah kehitaman. Memang teruk sampai dr tgk pun terkejut and tanya macam mana u tidur? My answer is.. Memang tak boleh tidur pun!

Actually nak keluar rumah pun segan sebab kulit tangan dah jadi merah and berkedut2 mcm nenek. Sedih2.  Dr kata eczema ni memang xde cure. Kita just boleh control je.

So banyak jugak ubat yang saya try. Antaranya:
- krim ergo (takde streroid) tapi tak berapa berkesan
- aqoueos cream tapi tak guna sangat sebab recent research kata krim ni x elok sgt. Makin keringkan kulit.
- moogoo full milk moisturizer. Saya tau ramai recommend moogoo punya produk. Tapi banyak sgt jenis and saya tak tau nak beli yang mana so just beli yang ni. Ermm so so je kesannya.
- moogoo milk bath. Yang ni sbb just milk bath kan so takdela menyembuhkan ke ape. Tapi lepas mandi memang rase licin je kulit sebab ada oil kot.
- anti histamine pill. Yang ni memang buat kita ngantuk and okla boleh kurangkan sikit rasa gatal merenyam tu. Tapi saya taknak amik untuk long term sbb bf baby.
-apple cider vinegar. Minum and sapu. Yang ni actually kalau rajin sapu memang boleh nampak perubahan. Tapi badan akan bau masam je la hehe. Pedih sikit.

Ok ni antara yang saya guna la. Hasilnya ade jugak certain point nampak ada perubahan positif tapi lepas tu teruk balik. Kadang2 saya pun ngeri tgk kulit sendiri tambah2 part kaki. Belum masuk part pedih kalau nak mandi adoii. Sampai saya kene jalan terdengkot2 sebab bahagian belakang lutut luka2 and sakit sangat kesan menggaru.

Memang nightmare sangat sampaila saya jumpa satu krim ni nama dia Baybie Cream. Krim ni krim natural. Ingredients dia xbhaya and guna bahan2 natural je. Krim ni la penyelamat saya and works like magic. Tak sampai 3 hari saya pakai kulit saya betul2 improve. Sampai husband and mak saya pun kagum hehe. Sekarang tangan dah clear. Tggal kaki je sikit lagi. Tapi saya masih pakai hari2. Sy sangat2 bersyukur sangat jumpa dengan krim ni. Since eczema ni berpunca dari leaky gut makanya xdela gatal2 tu 100% hilang sebab krim ni just sapuan luar je kan. Tapi boleh kata saya memang kurang sgt2 menggaru sejak kulit dah elok sikit ni.

Oh ye lupa pulak. Sambil sapu krim tu saya jugak consume olivenol and vitamin c.

Saya terlupa nak amik gambar tangan sebelum pakai krim ni. Just ada pic kaki so xdapat la nak tepek kat sini kan hehe. Sebab saya terlampau happy and excited dah baik sikit ni, saya dah daftar nak jadi agent utk baybie cream ni. So sesiapa yang ade problem macam saya bolehla try ye. Mana tau problem uols boleh settle macam saya. Kat baby pun boleh guna.

Just whatsapp/ sms 016.2224095 ye.

P/s: tujuan utama post ni lebih pada nak share. Sebab saya paham sgt macam mana seksanya eczema ni sebab diri sendiri yang alami. Bukan nak promo barang sangat pun. Cumanye saya sangat2 recommend untuk try krim tu based on my own experience.

Ok see u again. Doakan kesembuhan saya ye.

Friday, July 10, 2015

TTC Berakhir, Alhamdulillah

Salam, 

Selamat berpuasa pada semua. 

Dah lama tak update blog. Dalam tempoh ni pun dah macam-macam yang berlaku. So far so good.
Alhamdulillah.

Ada 2 perkara besar yang terjadi dalam masa hiatus ni. First, saya pregnant, Alhamdulillah sangat. Nampaknya lepas ni dah boleh tulis "DONE" kat sebelah to-do list kat sidebar blog ni.Alhamdulillah sangat sebab pregnant kali ni memang rezki yang sangat tak disangka2. Sekarang dah nak masuk 8 bulan, doakan supaya saya dapat melahirkan dengan mudah dan selamat ye. Dan jugak supaya saya dan anak dan semua orang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki. Amin.

Second thing is, saya dah resign. Kali ni resign betul2 sebab niat nak jaga anak and maybe nak duduk sekali dengan husband. Sebab takkan nak besarkan anak sorang-sorang kalau husband takde kan. Dah la saya tak berani drive. Risau jugak dengan kehidupan tak bekerja, tapi saya cuba ajelah. Go with the flow gitu. Tengokla nanti anak dah besar sikit saya akan cari kerja baru. Tidakla pulak berniat nak jadi suri rumah sampai tua. Saya ni pulak jenis manusia yang cepat bosan. Mau meroyan kalau duduk rumah je nanti. 

Bercakap pasal persediaan nak resign, walaupun agak terlambat, tapi nasiblah saya cepat sedar betapa pentingnya ada saving. So mula awal tahun lepas saya dah start saving and planning dengan serius. So harap2 dengan saving yang seciput ni bolehla saya survive nanti hihi. 

Okla, nanti sambung cerita lagi. Saya doakan semua yang baca pun dimurahkan rezeki. Amin

xoxo.


Tuesday, December 23, 2014

Financial Planning

Salam..

dah lama tak jenguk blog ni. Sebab tak tau nak tulis ape huhu. Dah lama tak share pasal susun atur rumah. Nantilah insyaAllah. Berita bestnye, tak lama lagi dorang nak tukar lantai bilik untuk blok2 lama, dari lantai parquet kepada lantai mozek. tak sabarrr. yela, tau ajela rumah quarters ni rumah lama, jadinya lantai parquetnye dah tercabut sana sini. asyik duk main jigsaw puzzle aje. penat da. so nanti saya post pic sebelum n selepas ye. sayang jugak sebab lantai parquet tu cantik jugak sebenarnye huhu..

ok berbalik pada tajuk, saje je nak share sikit pasal financial planning family saya i.e me and hubby. kitorang ni sebenarnye agak terlambat sedar betapa pentingnya financial planning. so sekarang baru kelam kabut nak menyimpan. so far, simpanan saya mostly kat asb, since opis pun memang dekat kaunter asb huhu. since saya ni memang kurang disiplin dalam menyimpan, saya pilih menyimpan secara potongan gaji. just isi borang potongan gaji asb then submit je kat hr.

As for my hubby plak, kitorang nak try kurangkan apa yang kene bayar setiap bulan. yela my hubby bayar for too many things eg coway (ni memang sangat berguna so nak kekalkan), astro (tengah berkira2 nak potong, pakai njoi je) dan ade la bil2 lain. rasa sayang sangat kene bayar untuk benda2 yang boleh dikategorikan sebagai kehendak ni. so kitorang nak try potong mana yang boleh.

untuk belanja bulan, kitorang gunakan sistem sampul. uolss plak macam mana?

okla, so doakan kitorang berjaya. uols pun jangan lupa buat financial planning tau.

daaaaaa....

Monday, June 16, 2014

Sembang kosong-Pengurusan Wang

Salam semua..

tengah kerja ke uolss?yela sama la kita. cuma harini best sikit sebab bos takde.huahua. tapi harini ajela.. actually diriku ini tengah dalam dilema. yela, mana yang penting ek?antara:-

1) simpan and laburkan duit
2) IVF
3) beli rumah

tak tau la mana satu yang nak didahulukan. yela, duit ciput aje, tapi mende yang nak dibuat macam2. kalau ivf je da kene spare 20k tu. kalau berjaya 1st attempt takpela, kalau tak...nangis sepuluh hari sepuluh malam pun payah tu nak kumpul balik 20k tu. Oleh itu ya Allah, semoga kami tak perlu melalui sampai ke tahap tu. mintak2 keajaiban berlaku and diriku dapat preggie secara natural. aminn. 

bab beli rumah pulak, korang pernah tak terbaca ayat ni "lebih baik menyewa sampai mati dari berhutang sampai mati"? so macam mana ni. adakah patut beli rumah atau tak?lagipun sekarang ni tengah duduk di quarters. tapi yela tak tau la pulak sampai bila kan. tapi da setahun duduk ni takde lagi ura2 nak kena pindah ke ape. hopefully biala kalau husband dapat posting pun dia posting area kl/ subang ni aje. so tak payah mengangkut barang ke ape kan. 

dari ape yang saya baca, ramai orang kata rumah tu ialah aset. so tak rugi kalau beli rumah, tapi saya jugak baca pakar2 kewangan kata rumah tu hanyalah akan jadi aset yang bagus kalau rumah tu memberi pulangan pada kita. bukannya rumah yang menjadikan kita tersepit sebab kena bayar monthly instalment yang tinggi. maksudnya, kalau kita beli rumah dan rumah tersebut dapat disewakan hingga kita boleh dapat untung dari sewaan tu, barulah kira ianya aset yang menguntungkan, kalau tak dah jadi macam liabiliti pulak bila kene bayar monthly instalment yang mahal selama berpuluh2 tahun. so saya agak dalam dilema ni sebenarnye. ade jugak terfikir saya patut tangguh dulu beli rumah untuk naikkan lagi jumlah simpanan dalam akaun 2 epf tapi kalau tunggu lagi lama, harga rumah makin naik kan. haishhh pening betulla.

sebenarnya, bila fikir2 balik, saya memang menyesal sebab tak start (tak istiqamah) menyimpan duit dari waktu awal2 bekerja. saya dah bekerja hampir 4 tahun. dulu masa mula2 kerja, bukan main lagi simpan dalam asb bulan2, tapi masalahnye bila nak kahwin mula la kan...mula la menggali haha. pastu bila dah kahwin tak start pun menyimpan balik sebab rase macam banyak nak guna duit, yela dah duduk rumah sendiri nak deko sana sini la ape la, nak beli pinggan mangkuk idaman la last2 memang tak menyimpan. sampaila awal tahun ni saya nekad nak buat potongan gaji masuk asb sebab saya tau saya ni jenis yang liat nak pergi simpan duit manually walaupun dekat tempat kerja sangat convenient nak menyimpan duit (sebab dekat dengan asb dan bank-bank). dalam sedar tak sedar dah dekat setengah tahun saya menyimpan secara tak berapa perasan and saya menyesal sangat napela tak buat je potongan gaji dari dulu. kalau tak sedar tak sedar mesti dah banyak jugak yang dapat simpan. tapi takpe, perkara lepas jangan dikenang, sekarang ni saya memang tengah excited nak settlekan semua hutang dan banyakkan simpanan untuk masa depan. so jomla sama2 kita menguruskan wang dengan baik dan menabung/ melabur untuk masa depan yang cerah dan berkilau2 haha.

tu je. daaaaaa


Wednesday, May 14, 2014

pakaian/ rutin di rumah part 1

Salam uolss..

Harini tak nak tulis panjang2 dulu. Nak buat survey sikit. Biasenye uolss pakai baju macam mana kalau kat rumah ye? i.e weekend masa husband ada kat rumah. Make up ke? Mandi awal ke time cuti? hehe.

Thank you in advance pada yang sudi berkongsi :)


Monday, March 31, 2014

Madu Mesir Habbatussauda

Salam uolsss...

Dapatkan Madu Habbatusauda yang diimport dari Mesir. Dijamin madu asli.

Banyak khasiat antaranya:

i) Membantu mengurangkan dan melegakan batuk

ii) Membantu mengurangkan penyakit asma

iii) Membantu mencerdaskan otak anak2/ pelajar2

dan banyak lagi..maklumlah, gabungan dua makanan sunnah iaitu madu dan habbatus sauda,rasenye umum dah maklum tentang khasiat dua makanan ni..

Testimoni saya sendiri, saya dan suami adalah pengguna produk ini. Kesan paling ketara adalah apabila suami mengalami batuk yang teruk sehingga nafas berbunyi dan tak boleh tidur, batuknya berkurangan dengan mendadak selepas saya beri dia minum air suam yang dicampurkan dengan sesudu madu dua kali sehari. Alhamdulillah.

So sesiapa yang nak try boleh sms/whatsapp saya :0162224095

Harga sebotol (500 gram) RM 130
Harga Promosi 2 botol RM 210

Thank you

Tuesday, March 18, 2014

My Living cum Family Area

Salam..

Ni kali kedua nak join cabaran anjuran Susun Atur Sioca. Saje je nak share ruang kat rumah walaupun tau tak seberapa hehe. Rumah saya rumah quarters je. Quarters lama yang lantai parquet nye dah tercabut2 kat a few tempat, kabinet dah ala2 usang, paip pun ada yang tak boleh nak pulas dah. Tapi alhamdulillah sangat dapat rumah yang penduduk sebelumnya dah cat lawa-lawa. Satu rumah pulak tu dia cat. Patutnya duduk rumah quarters ni tak boleh cat and tukar apa2, tapi dah rezeki dapat rumah dah cat hehe. And yang lebih tragis nye dia just duduk rumah tu 2 minggu je sebelum diberitahu dia dapat rumah lain hehe. Siannn dia. Rezeki kami. Sebelum ni sebenarnya kami dapat rumah lain, and kat tingkat lagi tinggi. Puas membebel kat en hubby suh dia try cari rumah yang bawah sikit sebab takde lif. Rumah asal tu keadaan dia lebih teruk, so tetibe bila bahagian perumahan kata ade orang nak keluar and tanya kitorang nak tak rumah tu, kitorang trus sambar je sebab kat tingkat bawah sikit.

So berbalik kepada ruang family ni, rumah saya takde ruang family and ruang tetamu yang berasingan pun. Takde ruang nak separate dua tu. Kat situla kitorang duk tengok tv and kat situ jugakla tempat tetamu duduk kalau dorang datang. So just tengokla pic2 kat bawah ni ek. Nak tengok gambar sebelum ke i.e gambar mase rumah kosong?

 Since cabaran ni fokus pada ruang kelaurga, so saya just fokus pada ruang keluarga cum ruang tamu rumah saya jela. So tengok la gambar ek.. 

Ni bukan rumah yang sekarang. Ni rumah first macam yang saya citer kat atas. Kitorang dah siap basuh rumah ni tau, then baru dapat tau boleh dapat rumah lain aka rumah sekarang. Just nak tunjukkan the whole view aje. Memang berhabuk and kotor sebab dah lama kot orang tak duduk. 
Ni gambar lepas dah dibasuh, dari angle lain pulak..


Ok jom tengok rumah sekarang..layout dia sama je..kat belah kanan gambar atas ni ade built in cabinet tau. besar sampai tak tau nak letak ape..Ni gambar masa tengah pindah barang...Mase ni tak duduk lagi..just datang kadang2 bila husband keje and saya nak tunggu dia.

Time ni langsir semua dah pasang sebab hubby kata selagi tak pasang langsir tak boleh pindah barang haha. Langsir tu pun amik dari rumah family husband je sebab ukuran pintu dan tingkap rumah ni jenis lain. Ukuran dia lebih besar dari ukuran normal. Nasib baik langsir yang kitorang amik tu muat2 dengan pintu and tingkap rumah ni. 
Lepas dah settle angkut barang semua tu, kitorang mulala start beli barang hiasan sikit2 sampaila ke nilai untuk tempah langsir menggantikan langsir kuning menyala tu. Tapi still kadang-kadang rasa pakai langsir kuning tu best sebab boleh menceriakan suasana rumah hehe. 

So ini gambar ruang tamu/ ruang kelaurga sekarang...

Ade a few perabot yang memang ade kat quarters ni yang kitorang guna je walaupun dah lama. Contohnye macam kerusi rotan dua biji kat belah kiri tu. Just tempah sarung baru je untuk sesuaikan dengan kaler tema.

anddd meja rotan kat sudut kanan tu..pun pakai yang gomen punya.

dah lama berhajat nak console table ni akhirnye dapat. murah je pun. kat atas tu saya letak segala mak nenek perhiasan la kononnye

ni la kabinet tv. pokok kat belah kiri tu saje letak sebab xtau nak letak ape lagi kat ruang kosong tu. Senang and murah

ni ruangan yang ade meja rotan tu tadi. permukaan dia kaca. alhmadulillah masih elok jadi kita guna je. atas tu letak segala mak nenek lukisan la bunga la..

nampak tak built in cabinet besar gabak tu..dari kosong tak tau nak letak ape akhirnya hampir penuh dengan hiasan. tengah2 dia hubby letak akuarium. supposedly tempat tu rasenye dorang khaskan untuk letak tv..tapi tv kitorang tak muat. plus plug pun yillek da tu camno? Sofa tu pulak ialah sofa pertama dan masih satu2nya yang kitorang beli untuk rumah sewa dulu. Masih ok cuma dah rase kayu hoho..abaikan kusyen yang tak berape semenggah tu..

ni pulak bolehla dikatakan feature wall rumah saya. kedudukan dia kat belakang kusi rotan yang dua ketul tu..
So itulah sahaja ruang family cum ruang tamu rumah saya. sekarang ni tengah cuba menahan diri dari beli sebarang perhiasan lagi sebab takut nanti lama2 ruang ni jadi too crowded. itu yang saya cuba sangat nak elakkan. untuk deko ruang ni, banyak jugak yang en hubby kata ala tak payahla beli ni, tak payahla letak ni, ni bukan rumah kita, nanti pindah jugak. tapi bagi saya tak kira la rumah sendiri atau tak, still nak mengadap hari2 jugak kan..so kenela deko ikut citarasa jugak. lagipun bukan tau pun bila nak pindah..hehe. 

So itu jela buat mase ni. Terima kasih pada penganjur cabaran iaitu Susun Atur Sioca dan juga penaja hadiah iaitu Rehan's Wardrobe dan juga Aku Bukan Penulis Tegar.

Thanks sebab sudi membaca perkongsian saya yang tak seberapa ni. See you in the next challenge, InsyaAllah.