Friday, June 22, 2012

Tips Untuk Bride to Be


Hi. 

As usual la, saya kat ofis. Tak tau nak buat keje mana satu, terus rasa nak share tips pasal persiapan. Harap2 boleh la dijadikan panduan pada yang terbaca.

Honestly, rasa nak ulang balik je semua benda. Macam yang pernah saya kata dulu, sebab rindu dan untuk bagi semua benda memuaskan hati tahap 100%. Huhu. So that’s why la saya teringin sangat nak share dengan bride to be yang terbaca supaya boleh jadikan iktibar dan pengajaran. So saya akan share a few aspects je dulu ye. Gambar ape semua takde sebab ni lappy ofis ye. Huhu.

I.          Pemilihan tema

Yang ni tolongla decide awal2. sebab terlampau banyak benda yang depends pada warna tema kan. Walaupun ramai yang cakap ala Pengantin zaman sekarang bukan macam dulu, yang semua kena sedondon, dari pelamin, bilik tidur, baju, baju family satu colour sampai berpinar mata, tetapi tetapla korang takkan buat semua mende lain2 sangat kalernye kan. Contohnya takkan pelamin pink, baju oren, bunga telur merah kan? Takkan kan? At least walaupun tak sama sangat tapi still la tak lari jauh.

Macam contohnnya saya haritu, memang semua tak satu colour, tapi tetap berkaitan. Contoh ek, pelamin colour pink cream, baju colour peach ala2 pink, scallop and canopy punya hiasan pink, kek colour peach. So takde la lari sangat betul tak? Huhu. So bila theme colour decide last minit, then banyak la mende2 lain yang akan tergantung jugak. Faham tak maksud saya? Huhu

II.         Barang dalam goodies bag

Haa yang ni pun penting. Fikirkan siap2 nak letak apa dalam bag tu. Ada 2 choice, nak letak barang berunsurkan makanan atau tak. Kelebihan kalau bagi barang tak berunsurkan makanan ialah kita boleh prepare goodies bag awal2. Klau bagi makanan takkan nak packing sebulan awal or seminggu awal kan, nanti rosak plak makanan tu. Macam saya dulu bagi cupcake, nasi manis and tapai, dah sah2 la kena letak sehari sebelum. Kat situ je dah agak leceh sebab bayangkan kalau ada seribu bag kan penat dan pening. Walaupun orang tolong tapi bagi saya tetap serabut. huhu. Lagi lagi kalau buat paperbag DIY. Mana nak isi barang lagi, nak buat finishing touch pada goodies bag lagi. Melainkan kalau perkara lain da settle, so boleh la focus pada goodies bag sahaja.

Another option kalau tetap nak bagi makanan ialah bagi gula2, kerepek2, rempeyek etc yang tak cepat rosak. Marshmallow pun tak cepat rosak rasanya. Still ok lagi. Combine dengan barang lain macam mug.  

Barang lain yang saya bagi ialah air mineral kecik yang dalam cawan tu, gula2 dan mug.

III.       Jenis goodies bag

Yang ni sangatlah penting walaupun nampak tak penting. Sila berhati2 ye kawan2. Jenis goodies bag adalah amat penting bagi tidak merosakkan majlis anda. Jangan jadi macam saya. Saya pegi bantai beli goodies bag jenis kertas yang tak keras sebab cantik, Nampak exclusive, murah dan banyak stok lagi. Ala jenis paper bag kertas coklat macam kulit buku latihan sekolah tu. Sebab masa kat kedai tu ada la test letak barang berat macam tahan je, so terus proceed beli seribu. Sekali hamik kau, letak mug tak besar mana pun. Masa belum majlis ok je tahan (ada banyak jugak yang kena gam balik sebab terbukak kat bawah dia). Tapi tengah2 majlis la buat hal plak paper bag tu. Habis ada dua tiga orang yang tak bernasib baik jatuh barang2 dalam goodies bag gara2 bawahnye terbukak. Rasa nak pengsan je tengok. Mug pun kalau da jatuh confirm la pecah. Ceh tak guna betul. Memang menyesal la beli goodies bag camtu. Better beli bag yang jenis non-woven tu sebab walaupun tak “urban” mana tapi yang penting takde la kejadian macam tu berlaku di majlisku..aiyarkkkk tapi mende a lepas kan. Nak wat camno.

Lagi satu, sila fikirkan camana arrangement tempat simpan goodies bag anda, sebab kalau untuk rumah yang kecik, nanti pening takde tempat nak duduk sebab satu rumah penuh paperbag. Macam saya, tumpang letak rumah jiran, letak dalam kotak siap2.

IV.       Khemah dan pelamin

Khemah sebenarnya bagus jugak kalau dah pasang dua hari sebelum majlis, provided that jiran jiran anda jenis tak berkira. Sebab walaupun kenduri hari sabtu khemah pasang dari pagi or tengahari jumaat still kedengaran seperti ideal, hakikatnya pasang khemah dah ambil masa, nak pasang scallop lagi, hias meja pengantin lagi. Still amik masa yang lama so takut terburu2 dan terkejar2. nanti takut kalau tetiba ada arrangement meja yang tak betul dah masalah kan nak panggil balik orang tu betulkan. And pastikan meja untuk letak lauk cukup panjang, terutama kalau amik catering. Nanti orang canopy bagi 2 meja je untuk satu slot catering, tetibe tak cukup nak letak lauk. So confirmkan siap2 dengan orang catering ye dia nak pakai berapa meja.

Macam saya, saya buat pelamin bawah khemah, jadi bila khemah lambat pasang, nanti pelamin pun lambat la dapat pasang. Tambah2 kalau tetibe cuaca tak mengizinkan. Jadi paling ideal saya rasa pasanglah canopy dua hari sebelum. Scallop and hiasan sehari sebelum pun takpe.

Oh ye, kalau ambik catering biasanya kena sediakan untuk dorang satu tempat, sama ada bawah khemah atau tak untuk tempat persediaan dorang. Yang penting biasanya kena ada sumber air. Sebab dorang biasanya akan basuh2 ape2 yang patut kat situ termasuklah prepare apa2 yang patut e.g potong buah kalau tak cukup etc. Saya pun baru ingat last minit bila my mum ingatkan. Kalau nak sediakan khemah pun khemah kosong je, tak payah berscallop bagai.


Ok, setakat ni dulu lah saya membebel pasal persediaan sebelum majlis. Nanti part 2 saya akan cerita pasal persediaan semasa majlis pulak ye.
See ya. Psstt wish me luck for my exam on 20th and 21st ni. Thankssss.