Salam..
Ni kali kedua nak join cabaran anjuran Susun Atur Sioca. Saje je nak share ruang kat rumah walaupun tau tak seberapa hehe. Rumah saya rumah quarters je. Quarters lama yang lantai parquet nye dah tercabut2 kat a few tempat, kabinet dah ala2 usang, paip pun ada yang tak boleh nak pulas dah. Tapi alhamdulillah sangat dapat rumah yang penduduk sebelumnya dah cat lawa-lawa. Satu rumah pulak tu dia cat. Patutnya duduk rumah quarters ni tak boleh cat and tukar apa2, tapi dah rezeki dapat rumah dah cat hehe. And yang lebih tragis nye dia just duduk rumah tu 2 minggu je sebelum diberitahu dia dapat rumah lain hehe. Siannn dia. Rezeki kami. Sebelum ni sebenarnya kami dapat rumah lain, and kat tingkat lagi tinggi. Puas membebel kat en hubby suh dia try cari rumah yang bawah sikit sebab takde lif. Rumah asal tu keadaan dia lebih teruk, so tetibe bila bahagian perumahan kata ade orang nak keluar and tanya kitorang nak tak rumah tu, kitorang trus sambar je sebab kat tingkat bawah sikit.
So berbalik kepada ruang family ni, rumah saya takde ruang family and ruang tetamu yang berasingan pun. Takde ruang nak separate dua tu. Kat situla kitorang duk tengok tv and kat situ jugakla tempat tetamu duduk kalau dorang datang. So just tengokla pic2 kat bawah ni ek. Nak tengok gambar sebelum ke i.e gambar mase rumah kosong?
Since cabaran ni fokus pada ruang kelaurga, so saya just fokus pada ruang keluarga cum ruang tamu rumah saya jela. So tengok la gambar ek..
Ok jom tengok rumah sekarang..layout dia sama je..kat belah kanan gambar atas ni ade built in cabinet tau. besar sampai tak tau nak letak ape..Ni gambar masa tengah pindah barang...Mase ni tak duduk lagi..just datang kadang2 bila husband keje and saya nak tunggu dia.
Lepas dah settle angkut barang semua tu, kitorang mulala start beli barang hiasan sikit2 sampaila ke nilai untuk tempah langsir menggantikan langsir kuning menyala tu. Tapi still kadang-kadang rasa pakai langsir kuning tu best sebab boleh menceriakan suasana rumah hehe.
So ini gambar ruang tamu/ ruang kelaurga sekarang...
anddd meja rotan kat sudut kanan tu..pun pakai yang gomen punya. |
dah lama berhajat nak console table ni akhirnye dapat. murah je pun. kat atas tu saya letak segala mak nenek perhiasan la kononnye |
ni la kabinet tv. pokok kat belah kiri tu saje letak sebab xtau nak letak ape lagi kat ruang kosong tu. Senang and murah |
ni ruangan yang ade meja rotan tu tadi. permukaan dia kaca. alhmadulillah masih elok jadi kita guna je. atas tu letak segala mak nenek lukisan la bunga la.. |
ni pulak bolehla dikatakan feature wall rumah saya. kedudukan dia kat belakang kusi rotan yang dua ketul tu.. |
So itulah sahaja ruang family cum ruang tamu rumah saya. sekarang ni tengah cuba menahan diri dari beli sebarang perhiasan lagi sebab takut nanti lama2 ruang ni jadi too crowded. itu yang saya cuba sangat nak elakkan. untuk deko ruang ni, banyak jugak yang en hubby kata ala tak payahla beli ni, tak payahla letak ni, ni bukan rumah kita, nanti pindah jugak. tapi bagi saya tak kira la rumah sendiri atau tak, still nak mengadap hari2 jugak kan..so kenela deko ikut citarasa jugak. lagipun bukan tau pun bila nak pindah..hehe.
So itu jela buat mase ni. Terima kasih pada penganjur cabaran iaitu Susun Atur Sioca dan juga penaja hadiah iaitu Rehan's Wardrobe dan juga Aku Bukan Penulis Tegar.
Thanks sebab sudi membaca perkongsian saya yang tak seberapa ni. See you in the next challenge, InsyaAllah.