Wednesday, June 3, 2009

STADIUM SULTAN MIZAN TERENGGANU RUNTUH

Terkejut bila dapat sms dari sorang kawan pagi semalam yang bagitau stadium terengganu runtuh. yela, da aku ni belajar kat terengganu kan. tiap2 kali nak pegi bandar mesti lalu stadium tu punya. cantik dan besar stadium tu. memang jadi kebanggaan orang terengganu termasuklah aku dan kawan2 yang belajar di ini walaupun kami bukan la lahir di sini.

Di stadium tu jugakla aku dan rakan2 sekelas pegi main bowling untik melepaskan tension lepas exam. seronok. yela, sebelum ni tak pernah pun main bowling kan. just main bowling mainan kecik2 dulu ada la..huhu

Dan yang paling penting, kat stadium tu la aku bersesak2 pergi untuk tengok konsert siti nurhaliza dan dafi sempena acara perasmian SUKMA Terengganu dulu. rasa macam baru lagi. tak sangka sekarang da runtuh. walaupun tak runtuh 100%, tapi banyak jugak runtuhnya. kalau tengok dari atas nampak macam separuh jugak la. nasib baik tak runtuh time aku ada. dan nasib baik juga takde kehilangan nyawa.

Kita tunggu je la apa dorang nak buat dengan stadium tu nanti. kat mana la aku nak pergi main bowling pasni. huhu

xoxo

SAPE NAK BUAT DUIT SENANG?

hai..

kepada sesiapa yang rajin mengadap komputer dan internet, anda boleh buat duit tau. kat youthsays punya laman web, bila kita buat survey, kita akan dapat duit. takdela banyak pun..tapi kalau korang buat banyak survey, kan banyak boleh kumpul. kalau invite orang join pun, boleh dapat duit. kalau nak register, klik je link youthsays kat sebelah ni..

selamat mengumpul duit.. ;-D

LAYAN JE ENTRY TENSION NI..

Oleh kerana da terkena semalam, aku da malas tulis post terus kat tempat posting. Baik aku buat macam selalu, tulis semua dulu kat word and bila rasa free or ada mood baru post kat blog. Huhu. Baru pukul 7.30 pagi. Tapi da rasa malas. Malas nak pegi moot court. Tapi nanti duduk bilik tak jadi kerja. Main2 je. Tido memanjang. Haiiii..ntahla. kepala ni da la serabut fikir tentang program anak angkat esok. Malas giler nak pergi. Tapi da jadi secretariat nampaknya terpaksalah jugak gagahkan diri untuk pergi. Da la lama, 4 hari. Macam apa je. Kadang2 bila orang malas macam aku ni masuk banyak2 aktiviti, mula la buat sesuatu tu dengan perasaan malas dan tak ikhlas. Ntahla. Aku akan pastikan semua aktiviti yang bersisa ni adalah yang terakhir. Aku da malas..aku nak rileks je macam sem 1 dan 2 aritu. Lagipun aku da tua. Da final year da pun..

Pas ni nak mula operasi mendobi pulak. Da la sebaldi besar. Aduh..hidup2. mr. bf pun bz. Time dia free pun pukul 11 malam ke atas je. Nak marah pun nanti gaduh. So, bia je la. Layan jer macam sorang sepupu aku slalu cakap. Nanti lama2 semua ni berlalu jugak kan. So, pesanan aku, kalau korang ada rasa tension dengan sesuatu perkara korang cakap kat diri korang, “ala takpe, layankan je la mende ni, nanti lepas aku bangun tidur 2 3 hari lagi mende ni da jadi kisah semalam..”. huhu

Ok la. Aku rasa aku harus pergi bermain sabun sekarang. Babai. Thanx for reading.. ;-D