Wednesday, June 3, 2009

STADIUM SULTAN MIZAN TERENGGANU RUNTUH

Terkejut bila dapat sms dari sorang kawan pagi semalam yang bagitau stadium terengganu runtuh. yela, da aku ni belajar kat terengganu kan. tiap2 kali nak pegi bandar mesti lalu stadium tu punya. cantik dan besar stadium tu. memang jadi kebanggaan orang terengganu termasuklah aku dan kawan2 yang belajar di ini walaupun kami bukan la lahir di sini.

Di stadium tu jugakla aku dan rakan2 sekelas pegi main bowling untik melepaskan tension lepas exam. seronok. yela, sebelum ni tak pernah pun main bowling kan. just main bowling mainan kecik2 dulu ada la..huhu

Dan yang paling penting, kat stadium tu la aku bersesak2 pergi untuk tengok konsert siti nurhaliza dan dafi sempena acara perasmian SUKMA Terengganu dulu. rasa macam baru lagi. tak sangka sekarang da runtuh. walaupun tak runtuh 100%, tapi banyak jugak runtuhnya. kalau tengok dari atas nampak macam separuh jugak la. nasib baik tak runtuh time aku ada. dan nasib baik juga takde kehilangan nyawa.

Kita tunggu je la apa dorang nak buat dengan stadium tu nanti. kat mana la aku nak pergi main bowling pasni. huhu

xoxo

No comments:

Post a Comment

mezzo forte