Ola...
Happy Raya everyone! Im in the office rite now. Have started work since Wednesday. Rajin kan?hihi. Takdela, tak cuti lama sebab hubby pun dah start kerja dah. Bos takde so takpela hihi.
So saja mengada nak tunjuk kat uolls gambar rumah. Tapi upload pics bawah ni guna handphone sebab gambar semua dalam handphone. Tapi tak tau kenapa jadi cam ada watery effect. Mungkin kena setting lain kot.
Anyway, kat bawah ni la rumah kitorang. Walaupun tak segah mana tapi dah namanya rumah kan so tetaplah tempat yang paling selesa dan dirindui sekali. Serius masa balik kampung raya baru ni pun selalu teringatkan and rasa tak sabar nak balik rumah. Nak bergolek depan tv ke tidur macam mana pun tak kisah kan?
Kalau nak tau, masa baru dapat kunci rumah ni, keadaan rumah sangatlah teruk. Sampai hubby pun rasa down and masa dia pasang tikar getah pun dia asyik sebut nak pindah nanti. Seolah2 macam tak nak duduk lama la kat rumah ni. Tapi saya kata la takpe, sebab semua ni kan kenangan. Sama2 kemas and lengkapkan rumah. Mula dari takde perabot sampai ada perabot, dari tak berlangsir sampai ada langsir. Semua tu kita akan hargai nanti sebagai kenangan manis. Kan?
Sebelum ni rumah ni yang paling teruk kat bahagian dapur la. Tapi rugi la sebab lupa nak amik gambar sebelum ni. Kalau tak bolehla korang semua tengok sendiri kan. Dulu masa dapat kunci rumah, dapur sangatlah kotor sampai nak pijak pun tak lalu, banyak lipas, sampah sarap and rak2 kayu yang dah rosak tinggal macam tu je kat dapur, sinki tersumbat, lantai berminyak and berkulat, macam2 lagi la. Pakcik yang tolong arrange kan rumah tu untuk kitorang janji nak amik semua sampah tu buang tapi biasela janji melayu kan.
So first step kami buang semua sampah, basuh lantai, try nak repair sinki and cat mana2 yang dah teruk tu. Last sekali barula pasang tikar getah and masukkan perabot. And sekarang walaupun tak gempak macam dapur orang lain, takde kitchen kabinet bagai, tapi selesa lah bagi kami. Alhamdulillah sesangat.
Kalau macam bilik and ruang tamu just tukar tikar getah and masukkan perabot je la. And for bilik air, cuci kaw2 and letak barang2 sket macam rak and tempat letak barang mandi, mini dustbin, bunga and perfume murahan.
So kat bawah ialah hasilnya, tapi ada gambar ruang tamu je la huhu...Saya memang sengaja pilih theme coklat with red element sikit2 supaya tak bosan sangat. Walaupun tak cun pun tapi syukur Alhamdulillah sangat2 sebab kami suka dan selesa.. Semua barang pun murah2 je kitorang beli..Ok, selamat melihat :)
The Living Room Sofa and TV Cabinet- Kedai Perabot Singh dekat Jalan Klang Lama Shaggy Rugs a.k.a carpet- Nilai (beli untuk prop tunang dulu) less than RM100 rasanya TV-Beli masa promo at Carrefour Langsir- MR DIY around RM 40 kot for one pcs Mini coffee table (kt sebelah sofa so tak nampak)-IKEA RM 29.90 sahaja. Sangat ringan and sangat murah kan, tapi tengok kat TESCO Scott Garden lagi la murah. So menyesal beli kat IKEA hihi. Book rack- TESCO Scott Garden, dalam RM49 kot Bunga Merah- Mydin,murah RM2.50 sebatang Vase- MR DIY rasanya dalam RM7 or RM11 tak ingat Red Pillow- IKEA around RM7 each |
View from main door Meja Makan- Kedai Perabot singh kat Jalan Klang Lama Frame gambar atas TV- Romantika Amcorp Mall Table Runner- MR DIY RM4 rasanya Close Shoe Rack-Free from Kedai Perabot singh at Jln Klang Lama Wood shoe rack-Tak ingat Mydin or Carrefour Bunga atas shoe rack- My wedding handbouquet luv it! The beautiful flower bought at Semua House Curtain railing-IKEA murah and senang sangat nak pasang and guna |