Tuesday, December 23, 2014

Financial Planning

Salam..

dah lama tak jenguk blog ni. Sebab tak tau nak tulis ape huhu. Dah lama tak share pasal susun atur rumah. Nantilah insyaAllah. Berita bestnye, tak lama lagi dorang nak tukar lantai bilik untuk blok2 lama, dari lantai parquet kepada lantai mozek. tak sabarrr. yela, tau ajela rumah quarters ni rumah lama, jadinya lantai parquetnye dah tercabut sana sini. asyik duk main jigsaw puzzle aje. penat da. so nanti saya post pic sebelum n selepas ye. sayang jugak sebab lantai parquet tu cantik jugak sebenarnye huhu..

ok berbalik pada tajuk, saje je nak share sikit pasal financial planning family saya i.e me and hubby. kitorang ni sebenarnye agak terlambat sedar betapa pentingnya financial planning. so sekarang baru kelam kabut nak menyimpan. so far, simpanan saya mostly kat asb, since opis pun memang dekat kaunter asb huhu. since saya ni memang kurang disiplin dalam menyimpan, saya pilih menyimpan secara potongan gaji. just isi borang potongan gaji asb then submit je kat hr.

As for my hubby plak, kitorang nak try kurangkan apa yang kene bayar setiap bulan. yela my hubby bayar for too many things eg coway (ni memang sangat berguna so nak kekalkan), astro (tengah berkira2 nak potong, pakai njoi je) dan ade la bil2 lain. rasa sayang sangat kene bayar untuk benda2 yang boleh dikategorikan sebagai kehendak ni. so kitorang nak try potong mana yang boleh.

untuk belanja bulan, kitorang gunakan sistem sampul. uolss plak macam mana?

okla, so doakan kitorang berjaya. uols pun jangan lupa buat financial planning tau.

daaaaaa....