Wednesday, July 1, 2009

TENTANG SEN..HUHU

tadi terkejut giler bila tengok income nuffnang da berbunga. haha. yela before diz tiap2 kali bukak tengok just ada RM 0.00. skali tadi da bertukar. tetiba jadi RM 0.25. huhu. thanx ye sapa yang click tuh. biarlah sikit pun. first timer kan. mestila excited..huhu

KA-CHINGGGG


START!


register for swimming class..haha. tak pernah terfikir pun. nasib baik geng dengan bebudak yang ada kesedaran tentang syioknya-if-pandai-berenang. murah je pon. rm 50 for 4 sessions. each session 1 setengah jam. tak sabar ni. the coach-to-be punya nama ialah kak ros kot. harap2 lepas 4 sesi tu da boleh berenang. nanti boleh dating dengan boyfie gi swimming kat bukit jalil pulak. ish3. tak patut kan xtvt ni. mana aci kan dia sorang je terer swimming. ahad ni start.*woot**woot* can't wait!


Friday, June 12, 2009

NEXT WEEK..?

Next week maybe barang2ku akan sampai. beli online. senang je kan sekarang ni. just click click click, barang pun sampai depan pintu. tak payah nak susah2 pegi cari kat kedai, tak payah susah2 pakai cantik2 nak keluar. huhu. and my first online shop is cleaning out my closet. tauke yang baikkk..huhu. daa

Wednesday, June 10, 2009

R.A.N.D.O.M



Mix photos. ada event yang da basi tapi takpela. tengok je la ek.. :)


Stadium Terengganu..






Indonesia..


YESTERDAY.TODAY.TOMORROW

mr. boyfie sgt bz sekarang. sehari suntuk tak dapat call dan msg. sedih. kan selalunya walaupun duk jauh tapi sehari berkali-kali call dan mesej. tapi sekarang da lain. walaupun gembira dia da habis belajar, tapi sampai bulan 12 ni terpaksa la tahan dulu dengan semua ni. entahla, dulu time mula2 couple pun pernah berpisah lama sebab dia kena pergi training sebulan. tak boleh bawak nset. tapi dulu macam tabah sikit. sekarang ni walaupun dapat jugak cakap telefon walaupun tak lama tiap2 hari tapi still rasa sedih dan tak suka. huhu. and maybe dalam bulan 7 or 8 ni dia kena masuk hutan. of course la tak pakai handset kan. camana la agaknya. adoii. just boleh cakap dengan diri sendiri supaya bersabar. maybe ni kali terakhir kot terpaksa tahan semua ni. dia pun cakap macam tu. harap2 la kan.. :) apepun, I L H..

hope bila call malam2 kita tak gaduh da..

Wednesday, June 3, 2009

STADIUM SULTAN MIZAN TERENGGANU RUNTUH

Terkejut bila dapat sms dari sorang kawan pagi semalam yang bagitau stadium terengganu runtuh. yela, da aku ni belajar kat terengganu kan. tiap2 kali nak pegi bandar mesti lalu stadium tu punya. cantik dan besar stadium tu. memang jadi kebanggaan orang terengganu termasuklah aku dan kawan2 yang belajar di ini walaupun kami bukan la lahir di sini.

Di stadium tu jugakla aku dan rakan2 sekelas pegi main bowling untik melepaskan tension lepas exam. seronok. yela, sebelum ni tak pernah pun main bowling kan. just main bowling mainan kecik2 dulu ada la..huhu

Dan yang paling penting, kat stadium tu la aku bersesak2 pergi untuk tengok konsert siti nurhaliza dan dafi sempena acara perasmian SUKMA Terengganu dulu. rasa macam baru lagi. tak sangka sekarang da runtuh. walaupun tak runtuh 100%, tapi banyak jugak runtuhnya. kalau tengok dari atas nampak macam separuh jugak la. nasib baik tak runtuh time aku ada. dan nasib baik juga takde kehilangan nyawa.

Kita tunggu je la apa dorang nak buat dengan stadium tu nanti. kat mana la aku nak pergi main bowling pasni. huhu

xoxo

SAPE NAK BUAT DUIT SENANG?

hai..

kepada sesiapa yang rajin mengadap komputer dan internet, anda boleh buat duit tau. kat youthsays punya laman web, bila kita buat survey, kita akan dapat duit. takdela banyak pun..tapi kalau korang buat banyak survey, kan banyak boleh kumpul. kalau invite orang join pun, boleh dapat duit. kalau nak register, klik je link youthsays kat sebelah ni..

selamat mengumpul duit.. ;-D