Thursday, June 28, 2012

yeayyy

Just nak record yang my sugar glider dah makan HPW yang dah tak perlu campur dengan buah dah. Malam tadi balik kerja saya tengok dia takde and sampai pukul 9 lebih still tak muncul2. saya dah risau takut jadi pape je kat dia tapi saya biarkan je sebab cari pun takkan jumpa sebab taktau dia duduk celah mana. Alih2 tengok tetibe dia muncul kat tepi saya.hehe.

pastu saya terus bancuhkan HPW powder tu dengan air mineral sahaja. saja nak test dia makan ke tak sebab ingat tak HPW campur grated epal yang saya tak sempat nak tukar sebelum pergi kerja semalam?saya tengok bila balik kerja malam semalam epal tu da tinggal sikit sangat sebab Baby makan. So its a very positive sign :)

So saya biarkan bancuhan HPW tu dalam cage, amik Baby dan letak dia dalam cage and saya pun masuk tidur. and guess what? pagi tadi saya tengok bancuhan HPW tu dah licin.Tapi malam tadi saya tengok dia memang macam lapar giler sebab sebelum dia nak makan HPW tu, dia datang bau dulu pastu dia blah and lepas tu mulut dia macam mengunyah2 je mungkin sebab lapar. Akhirnya mungkin dia takde pilihan dan terpaksa jugak makan HPW tu. So percubaan saya untuk latih dia makan HPW da berjaya! yeayyyy Alhamdulillah my Baby senang nak dijaga dan agak cepat jinak :)) So sekarang saya takdelah risau takut dia tak cukup zat lagi.

Tapi tak boleh happy sangat. Sebab pagi tadi saya tinggalkan dia dengan bancuhan HPW baru. Berdebar nak balik tengok whether dia makan atau dia tak sentuh langsung HPW tu. Kalau dia makan, maknanya everything is settle tapi kalau tak, maksudnya she hate HPW.

Sama2 kita nantikan keputusannya :D

Bosan kan entry takde gambar langsung. Nak gambar ke?

Wednesday, June 27, 2012

My baby suggies

Ola..

In the office rite now. As usual. Mencari sesuap nasi. Hehe
Tak sabar nak balik, pun as usual. Semalam failed la nak buat keje rumah. Sampai rumah dalam pukul 7 lebih sikit, then bukak tv and melayan internet sampai tido. Oh ye, dan jugak buat makanan si Baby, my sugar glider.

Punyalah nak paksa dia makan jugak HPW tu, saya buat 2 meal serentak, yang 1st, amik epal and honeydew, tumbuk sikit guna lesung batu oh sedihnya since blender hape pun tarak. Lepas tu campur dengan serbuk HPW and gaul.
Pastu, bila da letak dalam cage, nampak dia gi bau2. yela suggies ni dia hidup dengan bau je, mata and telinga secondary function. Mula2 dia blah je lepas bau pastu tengok2 dia start makan sikit2 tapi makan ala2 tak lalu. bolehla kan...

Then, saya pulak yang tak confident dengan meal 1st tu sebab terpikir pulak yang sebelum tumbuk meal 1st tu, ada guna lesung tu untuk tumbuk bawang plus lada. Risau pulak takut si Baby bau pelik dia takmau makan dah ataupun dia sakit perut. Last2 saya yang baik hati ni bangun pegi prepare meal 2nd pulak. baiknye saya kan. So kalau dengan suggies pun dah baik macam ni, dengan anak sendiri nanti confirm baik berganda kan hehe.

Ok for meal no. 2, saya just grated the apple and mix dengan serbuk HPW. Siap. Letak dalam cage sekali dengan meal first tadi. Surprisingly, si Baby makan jugak. Kali ni lama jugak dia makan, tapi still makan macam ala2 mau tak mau. tapi takpe, yang penting dia tetap makan.

Tapi kan, pagi tadi saya tak sempat nak tukar makanan tu sebelum pegi keje. Harap2 Baby tak sakit perut ye hehe

Ok till then :)

Oh ya, love my new blog template!
and hubby is on day 2 exam today. Semoga dapat jawab dengan jayanya sayang! woot woot

Tuesday, June 26, 2012

my sugar glider

I have a sugar glider. her name is Baby. haha
but i'm a bit worried since she refuse to eat the HPW (High Protein Wamberoo) - a supplementary diet for sugar glider.
She loves to eat honeydew and apple.
Will post her pic later.
Cant wait for 445 so i can go home and find her.
I do not have time to put her in the cage this morning, so I wonder where will I find her sleeping when I go home this evening.
Oh baby, please dont sleep in the dustbin like what you did last week!

:)

Friday, June 22, 2012

Tips Untuk Bride to Be


Hi. 

As usual la, saya kat ofis. Tak tau nak buat keje mana satu, terus rasa nak share tips pasal persiapan. Harap2 boleh la dijadikan panduan pada yang terbaca.

Honestly, rasa nak ulang balik je semua benda. Macam yang pernah saya kata dulu, sebab rindu dan untuk bagi semua benda memuaskan hati tahap 100%. Huhu. So that’s why la saya teringin sangat nak share dengan bride to be yang terbaca supaya boleh jadikan iktibar dan pengajaran. So saya akan share a few aspects je dulu ye. Gambar ape semua takde sebab ni lappy ofis ye. Huhu.

I.          Pemilihan tema

Yang ni tolongla decide awal2. sebab terlampau banyak benda yang depends pada warna tema kan. Walaupun ramai yang cakap ala Pengantin zaman sekarang bukan macam dulu, yang semua kena sedondon, dari pelamin, bilik tidur, baju, baju family satu colour sampai berpinar mata, tetapi tetapla korang takkan buat semua mende lain2 sangat kalernye kan. Contohnya takkan pelamin pink, baju oren, bunga telur merah kan? Takkan kan? At least walaupun tak sama sangat tapi still la tak lari jauh.

Macam contohnnya saya haritu, memang semua tak satu colour, tapi tetap berkaitan. Contoh ek, pelamin colour pink cream, baju colour peach ala2 pink, scallop and canopy punya hiasan pink, kek colour peach. So takde la lari sangat betul tak? Huhu. So bila theme colour decide last minit, then banyak la mende2 lain yang akan tergantung jugak. Faham tak maksud saya? Huhu

II.         Barang dalam goodies bag

Haa yang ni pun penting. Fikirkan siap2 nak letak apa dalam bag tu. Ada 2 choice, nak letak barang berunsurkan makanan atau tak. Kelebihan kalau bagi barang tak berunsurkan makanan ialah kita boleh prepare goodies bag awal2. Klau bagi makanan takkan nak packing sebulan awal or seminggu awal kan, nanti rosak plak makanan tu. Macam saya dulu bagi cupcake, nasi manis and tapai, dah sah2 la kena letak sehari sebelum. Kat situ je dah agak leceh sebab bayangkan kalau ada seribu bag kan penat dan pening. Walaupun orang tolong tapi bagi saya tetap serabut. huhu. Lagi lagi kalau buat paperbag DIY. Mana nak isi barang lagi, nak buat finishing touch pada goodies bag lagi. Melainkan kalau perkara lain da settle, so boleh la focus pada goodies bag sahaja.

Another option kalau tetap nak bagi makanan ialah bagi gula2, kerepek2, rempeyek etc yang tak cepat rosak. Marshmallow pun tak cepat rosak rasanya. Still ok lagi. Combine dengan barang lain macam mug.  

Barang lain yang saya bagi ialah air mineral kecik yang dalam cawan tu, gula2 dan mug.

III.       Jenis goodies bag

Yang ni sangatlah penting walaupun nampak tak penting. Sila berhati2 ye kawan2. Jenis goodies bag adalah amat penting bagi tidak merosakkan majlis anda. Jangan jadi macam saya. Saya pegi bantai beli goodies bag jenis kertas yang tak keras sebab cantik, Nampak exclusive, murah dan banyak stok lagi. Ala jenis paper bag kertas coklat macam kulit buku latihan sekolah tu. Sebab masa kat kedai tu ada la test letak barang berat macam tahan je, so terus proceed beli seribu. Sekali hamik kau, letak mug tak besar mana pun. Masa belum majlis ok je tahan (ada banyak jugak yang kena gam balik sebab terbukak kat bawah dia). Tapi tengah2 majlis la buat hal plak paper bag tu. Habis ada dua tiga orang yang tak bernasib baik jatuh barang2 dalam goodies bag gara2 bawahnye terbukak. Rasa nak pengsan je tengok. Mug pun kalau da jatuh confirm la pecah. Ceh tak guna betul. Memang menyesal la beli goodies bag camtu. Better beli bag yang jenis non-woven tu sebab walaupun tak “urban” mana tapi yang penting takde la kejadian macam tu berlaku di majlisku..aiyarkkkk tapi mende a lepas kan. Nak wat camno.

Lagi satu, sila fikirkan camana arrangement tempat simpan goodies bag anda, sebab kalau untuk rumah yang kecik, nanti pening takde tempat nak duduk sebab satu rumah penuh paperbag. Macam saya, tumpang letak rumah jiran, letak dalam kotak siap2.

IV.       Khemah dan pelamin

Khemah sebenarnya bagus jugak kalau dah pasang dua hari sebelum majlis, provided that jiran jiran anda jenis tak berkira. Sebab walaupun kenduri hari sabtu khemah pasang dari pagi or tengahari jumaat still kedengaran seperti ideal, hakikatnya pasang khemah dah ambil masa, nak pasang scallop lagi, hias meja pengantin lagi. Still amik masa yang lama so takut terburu2 dan terkejar2. nanti takut kalau tetiba ada arrangement meja yang tak betul dah masalah kan nak panggil balik orang tu betulkan. And pastikan meja untuk letak lauk cukup panjang, terutama kalau amik catering. Nanti orang canopy bagi 2 meja je untuk satu slot catering, tetibe tak cukup nak letak lauk. So confirmkan siap2 dengan orang catering ye dia nak pakai berapa meja.

Macam saya, saya buat pelamin bawah khemah, jadi bila khemah lambat pasang, nanti pelamin pun lambat la dapat pasang. Tambah2 kalau tetibe cuaca tak mengizinkan. Jadi paling ideal saya rasa pasanglah canopy dua hari sebelum. Scallop and hiasan sehari sebelum pun takpe.

Oh ye, kalau ambik catering biasanya kena sediakan untuk dorang satu tempat, sama ada bawah khemah atau tak untuk tempat persediaan dorang. Yang penting biasanya kena ada sumber air. Sebab dorang biasanya akan basuh2 ape2 yang patut kat situ termasuklah prepare apa2 yang patut e.g potong buah kalau tak cukup etc. Saya pun baru ingat last minit bila my mum ingatkan. Kalau nak sediakan khemah pun khemah kosong je, tak payah berscallop bagai.


Ok, setakat ni dulu lah saya membebel pasal persediaan sebelum majlis. Nanti part 2 saya akan cerita pasal persediaan semasa majlis pulak ye.
See ya. Psstt wish me luck for my exam on 20th and 21st ni. Thankssss.

Tuesday, June 19, 2012

Exam

Ok.

Esok exam.
Lusa exam.

Harini saya masih tak study lagi.

Esok paper Advanced Company Law.
Lusa paper Advanced Banking Law.

Apa nak jadi?

Haha. Ok2 lagi sepuluh minit saya study.


Saturday, June 2, 2012

Short Update

Morning..

Harini bangun awal. Sebab en Suami nak pergi kerja. Harini ada Hari Terbuka TUDM, so busy la dia nak kena uruskan kapal2 tu. Tinggallah saya kebosanan  di rumah. Ada banyak kerja yang boleh dibuat sebenarnya. Kalau rajin..huhu. So jap lagi nak buat:-
i) Lipat baju
ii) Masak
iii) Basuh baju-sementara sikit ni baik basuh terus, nanti dah banyak tak larat plak. Iolls takde mesin basuh lagi.
iv) Organize file IP -keje import dari opis ni..haihh

Ok tu je cita2 harini. Kita bagus la dari takde progress langsung kan.hehe.

Hubby ajak balik Kedah esok. So Isnin maybe tak pegi keje. Tak tau jadi ke tak. Ok nanti update lagi.

TATA