Monday, March 31, 2014

Madu Mesir Habbatussauda

Salam uolsss...

Dapatkan Madu Habbatusauda yang diimport dari Mesir. Dijamin madu asli.

Banyak khasiat antaranya:

i) Membantu mengurangkan dan melegakan batuk

ii) Membantu mengurangkan penyakit asma

iii) Membantu mencerdaskan otak anak2/ pelajar2

dan banyak lagi..maklumlah, gabungan dua makanan sunnah iaitu madu dan habbatus sauda,rasenye umum dah maklum tentang khasiat dua makanan ni..

Testimoni saya sendiri, saya dan suami adalah pengguna produk ini. Kesan paling ketara adalah apabila suami mengalami batuk yang teruk sehingga nafas berbunyi dan tak boleh tidur, batuknya berkurangan dengan mendadak selepas saya beri dia minum air suam yang dicampurkan dengan sesudu madu dua kali sehari. Alhamdulillah.

So sesiapa yang nak try boleh sms/whatsapp saya :0162224095

Harga sebotol (500 gram) RM 130
Harga Promosi 2 botol RM 210

Thank you

Tuesday, March 18, 2014

My Living cum Family Area

Salam..

Ni kali kedua nak join cabaran anjuran Susun Atur Sioca. Saje je nak share ruang kat rumah walaupun tau tak seberapa hehe. Rumah saya rumah quarters je. Quarters lama yang lantai parquet nye dah tercabut2 kat a few tempat, kabinet dah ala2 usang, paip pun ada yang tak boleh nak pulas dah. Tapi alhamdulillah sangat dapat rumah yang penduduk sebelumnya dah cat lawa-lawa. Satu rumah pulak tu dia cat. Patutnya duduk rumah quarters ni tak boleh cat and tukar apa2, tapi dah rezeki dapat rumah dah cat hehe. And yang lebih tragis nye dia just duduk rumah tu 2 minggu je sebelum diberitahu dia dapat rumah lain hehe. Siannn dia. Rezeki kami. Sebelum ni sebenarnya kami dapat rumah lain, and kat tingkat lagi tinggi. Puas membebel kat en hubby suh dia try cari rumah yang bawah sikit sebab takde lif. Rumah asal tu keadaan dia lebih teruk, so tetibe bila bahagian perumahan kata ade orang nak keluar and tanya kitorang nak tak rumah tu, kitorang trus sambar je sebab kat tingkat bawah sikit.

So berbalik kepada ruang family ni, rumah saya takde ruang family and ruang tetamu yang berasingan pun. Takde ruang nak separate dua tu. Kat situla kitorang duk tengok tv and kat situ jugakla tempat tetamu duduk kalau dorang datang. So just tengokla pic2 kat bawah ni ek. Nak tengok gambar sebelum ke i.e gambar mase rumah kosong?

 Since cabaran ni fokus pada ruang kelaurga, so saya just fokus pada ruang keluarga cum ruang tamu rumah saya jela. So tengok la gambar ek.. 

Ni bukan rumah yang sekarang. Ni rumah first macam yang saya citer kat atas. Kitorang dah siap basuh rumah ni tau, then baru dapat tau boleh dapat rumah lain aka rumah sekarang. Just nak tunjukkan the whole view aje. Memang berhabuk and kotor sebab dah lama kot orang tak duduk. 
Ni gambar lepas dah dibasuh, dari angle lain pulak..


Ok jom tengok rumah sekarang..layout dia sama je..kat belah kanan gambar atas ni ade built in cabinet tau. besar sampai tak tau nak letak ape..Ni gambar masa tengah pindah barang...Mase ni tak duduk lagi..just datang kadang2 bila husband keje and saya nak tunggu dia.

Time ni langsir semua dah pasang sebab hubby kata selagi tak pasang langsir tak boleh pindah barang haha. Langsir tu pun amik dari rumah family husband je sebab ukuran pintu dan tingkap rumah ni jenis lain. Ukuran dia lebih besar dari ukuran normal. Nasib baik langsir yang kitorang amik tu muat2 dengan pintu and tingkap rumah ni. 
Lepas dah settle angkut barang semua tu, kitorang mulala start beli barang hiasan sikit2 sampaila ke nilai untuk tempah langsir menggantikan langsir kuning menyala tu. Tapi still kadang-kadang rasa pakai langsir kuning tu best sebab boleh menceriakan suasana rumah hehe. 

So ini gambar ruang tamu/ ruang kelaurga sekarang...

Ade a few perabot yang memang ade kat quarters ni yang kitorang guna je walaupun dah lama. Contohnye macam kerusi rotan dua biji kat belah kiri tu. Just tempah sarung baru je untuk sesuaikan dengan kaler tema.

anddd meja rotan kat sudut kanan tu..pun pakai yang gomen punya.

dah lama berhajat nak console table ni akhirnye dapat. murah je pun. kat atas tu saya letak segala mak nenek perhiasan la kononnye

ni la kabinet tv. pokok kat belah kiri tu saje letak sebab xtau nak letak ape lagi kat ruang kosong tu. Senang and murah

ni ruangan yang ade meja rotan tu tadi. permukaan dia kaca. alhmadulillah masih elok jadi kita guna je. atas tu letak segala mak nenek lukisan la bunga la..

nampak tak built in cabinet besar gabak tu..dari kosong tak tau nak letak ape akhirnya hampir penuh dengan hiasan. tengah2 dia hubby letak akuarium. supposedly tempat tu rasenye dorang khaskan untuk letak tv..tapi tv kitorang tak muat. plus plug pun yillek da tu camno? Sofa tu pulak ialah sofa pertama dan masih satu2nya yang kitorang beli untuk rumah sewa dulu. Masih ok cuma dah rase kayu hoho..abaikan kusyen yang tak berape semenggah tu..

ni pulak bolehla dikatakan feature wall rumah saya. kedudukan dia kat belakang kusi rotan yang dua ketul tu..
So itulah sahaja ruang family cum ruang tamu rumah saya. sekarang ni tengah cuba menahan diri dari beli sebarang perhiasan lagi sebab takut nanti lama2 ruang ni jadi too crowded. itu yang saya cuba sangat nak elakkan. untuk deko ruang ni, banyak jugak yang en hubby kata ala tak payahla beli ni, tak payahla letak ni, ni bukan rumah kita, nanti pindah jugak. tapi bagi saya tak kira la rumah sendiri atau tak, still nak mengadap hari2 jugak kan..so kenela deko ikut citarasa jugak. lagipun bukan tau pun bila nak pindah..hehe. 

So itu jela buat mase ni. Terima kasih pada penganjur cabaran iaitu Susun Atur Sioca dan juga penaja hadiah iaitu Rehan's Wardrobe dan juga Aku Bukan Penulis Tegar.

Thanks sebab sudi membaca perkongsian saya yang tak seberapa ni. See you in the next challenge, InsyaAllah.