Friday, December 28, 2012

Promotion For Chocolate Fountain and Candy Buffet

Dear Readers,

Salam..

Wahhh formal habis kan. Ok di entry ini saya ingin me war2 kan tentang my side business. Secara rasminya saya telah memulakan my online boutique dalam akhir October 2012, dengan nama VERAstyle Boutique.Boleh cari kat instagram dengan id verastyle_boutique and kat FB dengan nama VERAstyle Boutique. Alhamdulillah, semua ok dan sambutan menggalakkan. Tak sangka jugak sebab masa baru2 nak start selalu risau takde orang yang minat nak beli, takde untung etc etc but alhamdulillah everything run smoothly. Syukur sesangat. Harap2 my business boleh berkembang dengan pesatnya in future sampai boleh buka my own boutique. hehe.

Actually, saya tak pernah rasa and anggap diri saya ni ada bakat nak berbusiness. Tapi ntahla, semua ni datang dengan sendirinya. Alhamdulillah. Ok , just nak bagitau je yang apart from the clothing business, saya nak start buat another business which is Chocolate Fountain Rental Service & Candy Buffet. Buat masa ni perkhidmatan ni terbuka terutamanya untuk kawasan Bentong, Pahang which is my hometown, and maybe boleh extend ke Raub and Lipis and Pantai Dalam kot. Senang sikit kalau fokus dengan area yang kita dah biasa and ade kemudahan. So kalau ada sesiapa yang terbaca this post and interested nak sewa chocolate fountain or nak service candy buffet untuk apa2 event i.e birthday party, cukur jambul, wedding etc bolehla contact saya di 016 2224095 ok? Email pun boleh looking4_alibrandi@yahoo.com. InsyaAllah saya respond dengan segera :)

Ok tu je la..jumpa lagi...
 
 

Thursday, November 1, 2012

Suatu pagi Khamis di ofis

Salam…

Hi everyone..As usual, entry ini dikarang di opis la..mana lagi. Kat rumah dah lama tak online. Reason being is lappy ku yang tersayang dah diberi pada my mum sebab dia nak online and lappy hubby plak dia guna untuk buat keje2 dia. Plus, internet pun dah lama tak berbayar.hehe. I love my lappy so much sebab dah banyak berjasa membantu tuannya ni menyiapkan segala assignment, tengok citer, surf internet and bermacam2 lagi la sejak sem 1 dekat uni dulu. Tanpa lappy tu tak dapat dibayangkan macam mana la hidup sebagai seorang student di bumi Terengganu dulu.

My lappy tu brand nye TOSHIBA tau. Dulu2 masa tahun 2006 mana ada sangat orang pakai laptop brand Toshiba. Lepas tu my mum mintak tolong sorang saudara merangkap jiran kitorang untuk belikan laptop untuk anak dia ni. Bila je laptop tu sampai kat rumah, saya terkejut bila tengok brandnye ialah Toshiba. Tapi ok la terima je la kan. Tapi yang sentapnya, masa bagitau kat sorang kawan yang saya dah beli laptop brand Toshiba, kawan tu boleh plak gelak and tanya,” eh ko ni beli laptop ke beli mesin basuh??” Adoiii sentapp makkk. Nasibla lepas2 tu memang ramai yang kata including one of my lecturer bahawasanya laptop brand Toshiba adalah laptop yang bagus. So bangga sat sebab saya sorang je yang pakai laptop Toshiba hehe.

Merapu plak citer pasal laptop. Semalam my boss mc. Tak pernah2 dia mc tau so kitorang kat opis ape lagi, berjimba sakan la. Ni pun belum Nampak batang hidung dia lagi. Mintak2 la dia x datang, tapi malas la plak nak berharap, takut kecewa. Tapi marilah kita berdoa bersama2 ek semoga dia mc lagi. Hehehehehe.

Saya rasa nak start online shop la. Jual baju. Nak jual baju yang long sleeves sebab pada saya, saya rasa susah untuk cari baju berlengan panjang betul2 yang boleh bawak ke opis or jalan2. InsyaAllah. Doakan saya ek. Nanti bila da ade customer, bolehla work from home aje. Hehe. Bestnye…Dengan izin Allah.

Ok la, nanti la sambung. Have a happy day uollls. Daa

Wednesday, October 17, 2012

TO-DO-LIST

I love doing things-to-do thingy. Sebab rasa puas hati sangat bila dapat settlekan semua. You all pun mesti rasa yang sama kan..Paling penting sebenarnya kena buat to-do list untuk kerja2 ofis. Senang nak track status kalau tiba2 bos tanya. Tapi paling best kalau buat personal punya to do list la kan. Ok below is my recent personal to do list hehe. Saja nak share.

i) Fix Appointment untuk check gigi for braces

ii) Fix appointment with UMSC- 6th Nov 2012

iii) Fix appointment for operation

iv) Settle insurance documents

v) Settle potongan paksa-borang and supporting docs are ready. Pending submission

vi) Go to Melaka to try the alternative healing for my cyst-finally DONE!

Bila buat list mcm ni nampak la sikit ape yang bergerak n ape yang tak bergerak kan. Lepas tu bila da settle satu item boleh potong dari list. Memang puas hati. Kat handphone ada je application untuk to do list tu tapi sebab dalam handphone kan, bukan depan mata so faham2 je la huhu. Okla, lepas ni nak citer pasal alternative healing for batu karang, cyst etc kat Kg Gangsa, Melaka by Hj Jamil pulak. See ya!



Thursday, September 27, 2012

kerja

harini terasa sangat2 macam nak berhenti kerja
bosan da la dengan semua mende alah ni
kerja in legal field banyak beban
kalau salah sikit habislah
even kalau terlambat stamping agreement pun silap haribulan boleh kena penalti riban2
Gila

saya agak pissed off harini dengan seseorang. Muak sangat
Tapi sabar je la.
Next week ade meeting
Nex next week kena buat presentation
Macam ape je

Kan bez kalau jadi suri rumah
tapi nanti bosan pastu takde duit
lainla kalau laki tan sri ke datuk ke kan huhu
keje cikgu tadika kan bez
biarlah tak glamour pun asal kepala otak ringan
ni bangun pagi je malas ya amat nak pegi keje
tak healthy la kan hidup macam ni

takpela harap2 saya akan dapat kerja lain yang best dan tak sakit kepala
resume dah edit dah
harap2 kan..
even kadang2 rasa sayang nak tinggalkan kerja ni sebab banyak belajar, tapi baik kesiankan diri sendiri dulu kan..

semoga hidupku dipermudahkan..aminnnnnn

doakan saya

Thursday, August 30, 2012

masak

Hi..

Still kat ofis walaupun dah pukul 6. rajin tak hengat. padahal tunggu en suami yang banyak kerja and kena keluar lambat. dia suruh balik dulu tapi taknak. malas nak tunggu and naik bas and jalan balik rumah. hihi. lagipun harini ada pasar malam. da target nak ajak en suami singgah pasar malam.

so nak citer pasal masak. malam tadi saya masak sambal sotong and terung goreng taucu. gambar takde. bergotong royong dengan en suami. tapi separuh jalan masa tengah masak, dia surrender. tinggal la saya seorang menguruskan sotong dan terung. tapi banyak jugak dia tolong malam tadi. cuci ikan, cuci sotong, basuh pinggan, blender bahan2.

resipi terung tu tak sure sangat sebenarnya. main belasah je agak2 bahan apa yg my mom guna masa masak untuk kitorang adik beradik kat rumah. so saya pun goreng bawang hiris and ikan bilis, then masukkan terung, then baru masukkan taucu dan akhir sekali kicap. not bad rasa dia tapi terung tak betul2 lembut lagi. sebab en suami cakap dah ok and suruh angkat. so bukan salah saya la ye. huhu

sambal sotong pulak suami cakap memang sedap, tapi pada saya rasa dia pelik sikit, maybe sebab letak belacan kot. maybe belacan lebih tak tau sebab en suami yang tukang masukkan belacan huhu.

pastu cam biase la, lepas da makan, nak basuh pinggan macam da berat and penat, jadi faham2 la, tangguh basuh pinggan and kemas dapur. sebelum tidur just kemas ruang tamu and meja makan je bagi cantik tapi dapur tak usik. pagi tadi kebetulan kitorang bangun awal sikit, so en suami siap masakkan nasi goreng guna lebihan nasi and sambal sotong malam tadi, basuh pinggan and kemas dapur sementara saya iron baju saya, mandi  and bersiap.

so kesimpulannya, saya kena mantapkan lagi skill memasak ni. so pasni saya nak print resipi banyak2 and simpan dalam 1 folder and letak kat dapur, senang nak buat rujukan. saya suka amik resipi kat myresipi sebab komen2 orang yang dah cuba tu memang meyakinkan kita yang nak cuba ni. and kebanyakan resipi dari situ memamng menjadi.

okla, till then..oh suami cepatla balikkk

xoxo

Friday, August 24, 2012

My home sweet home :)

Ola...

Happy Raya everyone! Im in the office rite now. Have started work since Wednesday. Rajin kan?hihi. Takdela, tak cuti lama sebab hubby pun dah start kerja dah. Bos takde so takpela hihi.

So saja mengada nak tunjuk kat uolls gambar rumah. Tapi upload pics bawah ni guna handphone sebab gambar semua dalam handphone. Tapi tak tau kenapa jadi cam ada watery effect. Mungkin kena setting lain kot.

Anyway, kat bawah ni la rumah kitorang. Walaupun tak segah mana tapi dah namanya rumah kan so tetaplah tempat yang paling selesa dan dirindui sekali. Serius masa balik kampung raya baru ni pun selalu teringatkan and rasa tak sabar nak balik rumah. Nak bergolek depan tv ke tidur macam mana pun tak kisah kan?

Kalau nak tau, masa baru dapat kunci rumah ni, keadaan rumah sangatlah teruk. Sampai hubby pun rasa down and masa dia pasang tikar getah pun dia asyik sebut nak pindah nanti. Seolah2 macam tak nak duduk lama la kat rumah ni. Tapi saya kata la takpe, sebab semua ni kan kenangan. Sama2 kemas and lengkapkan rumah. Mula dari takde perabot sampai ada perabot, dari tak berlangsir sampai ada langsir. Semua tu kita akan hargai nanti sebagai kenangan manis. Kan? 

Sebelum ni rumah ni yang paling teruk kat bahagian dapur la. Tapi rugi la sebab lupa nak amik gambar sebelum ni. Kalau tak bolehla korang semua tengok sendiri kan. Dulu masa dapat kunci rumah, dapur sangatlah kotor sampai nak pijak pun tak lalu, banyak lipas, sampah sarap and rak2 kayu yang dah rosak tinggal macam tu je kat dapur, sinki tersumbat, lantai berminyak and berkulat, macam2 lagi la. Pakcik yang tolong arrange kan rumah tu untuk kitorang janji nak amik semua sampah tu buang tapi biasela janji melayu kan.

So first step kami buang semua sampah, basuh lantai, try nak repair sinki and cat mana2 yang dah teruk tu. Last sekali barula pasang tikar getah and masukkan perabot. And sekarang walaupun tak gempak macam dapur orang lain, takde kitchen kabinet bagai, tapi selesa lah bagi kami. Alhamdulillah sesangat.

Kalau macam bilik and ruang tamu just tukar tikar getah and masukkan perabot je la. And for bilik air, cuci kaw2 and letak barang2 sket macam rak and tempat letak barang mandi, mini dustbin, bunga and perfume murahan.

So kat bawah ialah hasilnya, tapi ada gambar ruang tamu je la huhu...Saya memang sengaja pilih theme coklat with red element sikit2 supaya tak bosan sangat. Walaupun tak cun pun tapi syukur Alhamdulillah sangat2 sebab kami suka dan selesa.. Semua barang pun murah2 je kitorang beli..Ok, selamat melihat :)

The Living Room

 Sofa and TV Cabinet- Kedai Perabot Singh dekat Jalan Klang Lama
Shaggy Rugs a.k.a carpet- Nilai (beli untuk prop tunang dulu) less than RM100 rasanya
TV-Beli masa promo at Carrefour
Langsir- MR DIY around RM 40 kot for one pcs
Mini coffee table (kt sebelah sofa so tak nampak)-IKEA RM 29.90 sahaja. Sangat ringan and sangat murah kan, tapi tengok kat TESCO Scott Garden lagi la murah. So menyesal beli kat IKEA hihi.
Book rack- TESCO Scott Garden, dalam RM49 kot
Bunga Merah- Mydin,murah RM2.50 sebatang
Vase- MR DIY rasanya dalam RM7 or RM11 tak ingat
Red Pillow- IKEA around RM7 each




View from main door

 Meja Makan- Kedai Perabot singh kat Jalan Klang Lama
Frame gambar atas TV- Romantika Amcorp Mall
Table Runner- MR DIY RM4 rasanya
Close Shoe Rack-Free from Kedai Perabot singh at Jln Klang Lama
Wood shoe rack-Tak ingat Mydin or Carrefour
Bunga atas shoe rack- My wedding handbouquet luv it! The beautiful flower bought at Semua House
Curtain railing-IKEA murah and senang sangat nak pasang and guna





Wednesday, July 18, 2012

My first time

Hi uolsss

This is my first time post an entry via phone
Never know that there is an application for Blogger at playstore
Pernah try nak update blog using phone but from web browser, however failed miserably hoho
Ok nak try post ni
Tengok success tak

Btw yours truly x sihat dari semalam.demam. jadi harini tak pegi keje hehe so duduk rumah tengok tv


Tuesday, July 17, 2012

2 MONTHS 26 DAYS

Harini dah 2 bulan 26 hari saya menjadi seorang isteri. Isteri yang jauh daripada perfect. Huhu
Mana taknya, kadang2 lepas balik dari beli barang, letak je barang atas meja makan or atas lantai, sampai ke pagi esokla jawabnya. 24 jam kat situ. Tak simpan, tak kemas.

Pinggan mangkuk pun sama. Kadang2 lepas masak and makan, dalam hati kata ala karangla basuh. Huhu memang sampai ke esokla nampaknya. Yang bab ni hubby memang selalu ingatkan suruh basuh terus nanti penuh sink, tapi saya selalu cakap ala penat, nantila haha. Kadang2 kalau saya merajuk dengan hubby, dia akan tolong basuhkan semua pinggan, konon2 nak pujuk la tu hihi.

Saya pernah baca orang kata walaupun isteri penat bekerja, tapi jangan jadikan itu sebagai alasan. Saya tau. Tapi kadang2 terrrtangguh huhu.

Baju pun sama. menyampah. sekarang tengah tunggu washing machine hubby sampai dari Kuching. hehe. jauh kan? sebab hubby ada beli washing machine dulu untuk dia guna kat mess. Dia yang nak bawak balik, dia kata save sikit. Nanti kat sana dia pegi beli lain, share dengan member. So lepas washing machine dah sampai, memang takde alasan la lagi untuk tak rajin basuh baju. Hihi. Saya boleh!

Bangun tidur pun sama. asyik lambat je. breakfast memang ke laut la. tapi kadang2 kalau tak sempat sangat saya akan tuangkan air masak je, letak gelas atas piring elok2 and letak kat tepi meja untuk dia minum before keluar. at least takdela pegi kerja dengan dahaga kan. mulai esok (setiap hari berazam ni..) saya berazam untuk bangun lebih awal, prepare breakfast untuk hubby. Yela, fridge pun dah ade and barang2 pun dah beli. So? no alasan anymore!

Baby still tak nampak bayang. Semalam saya still menangis sikit teringatkan dia. Bukannye ape, saya terfikir nanti macam mana dia nak makan kan. And kalau orang yang jumpa dia main bagi je makan ikut dan je macam mana. Sugar Glider bukan macam kucing yang boleh telan ape2 je macam nasi ke ikan ke. Dia hanya makan certain benda je. Baby, kenapala baby pergi terjun and menyusahkan diri sendiri??? balikla....

Okla tu saje untuk harini. balik kerja karang macam nak menyinggah Jalan TAR. tengokla.

Okbai :)

Monday, July 16, 2012

My sugar glider hilang

Malam tadi Baby hilang jugak akhirnya
My hubby bukak sliding door sebab nak hisap rokok. Masa tu hati saya dah terdetik..ni karang ade plak si baby tu keluar karang. selalunya my hubby yang selalu ingatkan pasal suruh tutup sliding door, tapi akhirnya dia jugak yang bukak and mende nak jadi kan, baby melompat keluar time tu..
And then, masa my hubby nak tutup sliding door tu lepas habis smoking dia jerit cakap eh ayang, dia keluarla..mula2 rasa macam dia main2..rupanya betul
tapi dah terlambat dah. masa saya jenguk tu dia da kat hujung balkoni dah.elok je saya jenguk keluar dia terus melompat kat tingkat bawah. Gila la. kalau jatuh tu tak tau jadi ape. sebab rumah saya tingkat 7. dia lompat kat rumah bawah tingkat 6.
saya pun ape lagi la terus la bising2 and nangis sikit suruh hubby pegi ketuk rumah jiran bawah tu
pastu hubby pegi and saya nampak jiran bawah tu jenguk2 kat balkoni dia. tapi takde.
yela sugar glider ni bukan reti duduk setempat. ntah mana dia da melompat.
lepas tu saya suruh hubby buat iklan tampal kat bawah. pastu dalam geram2, sedih2 tu saya pun tertido.
kesian kat my hubby tetibe kena marah sebab bukak sliding door, padahal benda da nak jadi
kenala redha kan. antara sugar glider and suami, mestilah suami lagi penting kan..
papepun, semoga ade orang terjumpa dengan baby. and harap dia pulangkan balik. sebab saya memang rasa paling jauh pun baby akan masuk rumah orang je.
sian dia nanti lapar mana la dia nak cari HPW dia..
haihhhhhhh

Tuesday, July 10, 2012

Tuesday's Update

Salam..

Hi. Harini saya sampai ofis awal giler. Sebab saje nak ikut hubby keluar pergi kerja. Dia sepatutnya kena ade kat tempat kerja pukul 6am. Tapi dekat pukul 6 baru kitorang bangun, so dalam 6.30am baru la bergerak. Mula2 berbelah bahagi jugak nak follow hubby or nak pergi sendiri je keje, tapi fikir da alang2 sebab nak tidur pun tak boleh sangat sebab masa tu dah pukul 6 kan, so nak tidur pun tak berbaloi, nanti takut lambat bangun. So tanya hubby boleh tunggu tak saya bersiap kejap, and dia kata boleh tapi kena cepat, so dalam pukul 6.35am camtu dah naik lrt, sampai ofis dalam pukul 7, siap pergi beli breakfast kat tabung haji lagi, and even cash machine cafe tu pun tak on lagi hikhik.

Harini boss takde, memang seronokla, tapi yang tak bez nye sebab ade meeting yang menyesakkan jiwa esok. Rasa macam nak resign la..bila boleh resign ni huwaaaa. Okla nak update resume la camni. Harap2 ada rezeki dapat kerja yang tak berapa nak tension sangat lepas ni. Doakan ye...

xoxo
 




Friday, July 6, 2012

Exam's Result

Hi uolsss..

Hehe.Result da keluar. Pantas giler kan..pelik jugak rasanya.

Actually malam tadi sebelum tidur terbaca status LLM-mate kat Facebook yang harini result keluar. Terus nervous.

Alhamdulillah, semua pass. Syukur Ya Allah

So sekarang ni kena pilih, nak ambil lagi 2 subjek atau buat project paper untuk next year. Kena solat istikharah ni.

:))

Perubahan Hidup/ Changes in Life

Salam..

Hai uolss.

malam tadi ialah malam nisfu syaaban kan? Orang kata menjelang maghrib or lepas maghrib (i'm not too sure la) buku amalan kita tahun lepas diangkat dan kita diberi buku amalan baru kan?so maknanya bermula maghrib malam tadi, kita akan mula muka surat pertama buku amalan baru la. So azam pun sepatutnya kena lah baru, semoga kebaikan2 yang ada dalam buku amalan tahun ni, dan dalam buku2 amalan yang akan datang boleh cover segala dosa dan kesalahan yang dicatat dalam buku amalan yang lepas2 tu. Peringatan untuk diri sendir ni.

tapi yang sedihnya, saya rasa macam tak mulakan buku amalan baru dengan baikla. Sebabnye? Eh takmau la citer huhu. Tapi pagi tadi saya terfikir yang saya patut rancang dan mulakan perubahan2 baik dalam hidup saya. Yela, change starts with me kan..huhu

So antara perkara2 yang saya nak try improve ialah bangun awal pada hari bekerja. Ni yang paling penting sekali kot. Sebab semuanya bermula dari sini. Saya selalu ade perasaan malas nak bangun awal and akhirnya terlambat pergi kerja. Malu seyh bila masuk ofis, dah la department saya hujung skali. Kena lalu department2 lain dulu. Ada pulak department yang open. Ceh malu2.And malu jugak bila bertembung dengan orang. And lagi malu bila masuk je department tengok bos da masuk Huahua. So lepas ni saya nak try bangun pukul 6.15 setiap hari bekerja. Ni kena ajak hubby bangun 6.15 jugak sebab kalau hari yang dia hantar saya then kalau saya je bangun awal and dia bangun lambat, takde point jugak kan..So yang ni nak start esok! Huhu.

Lagi?lagi saya nak prepare breakfast untuk hubby setiap hari even buatkan air je, walaupun dia tak request. Sebab my hubby ni kalau dia nak dia akan request dari malam lagi. So esoknye saya terus buat je. Tapi masalahnye, selalunya bila tanya nak air tak dia kata taknak. So camana tu?? takpela maybe saya try je prepare dulu tengok dia makan/ minum tak.. So saya decide lepas tu la. Hehehe

Ketiganya, nak iron baju paling tidak pun sebelum tidur. Ataupun bangun super pagi untuk iron baju. takmau last minute dah. macam pagi tadi saya bangun pukul 4pagi untuk iron baju hehe. banyak perbezaan dia kan kalau baju dah ready untuk dipakai pagi2. ni tak, pagi dah la bangun lambat, masa tu baru terhegeh2 fikir nak pakai baju apa, nak iron lagi, pilih tudung lagi..haihhhh

keempat, nak settlekan agreement dalam masa seminggu je. at least within 1 week da boleh bagi balik pada client. ni tak, asyik lembab je siapkan agreement orang?puncanye?malas nak tengokla. i dont really like vetting and amending the agreement. i still dont get the concept whereby i can read the agreement like i read a story book. it tells story and every clause relates to each other...bla bla bla. maybe in future akan boleh la kot. but dont know when. everytime client send a new agreement to me, i'll feel downnn..hihi.pemalas.

okla...harini nak pergi Seremban..babai
 

Monday, July 2, 2012

Husband is in the House hehe

My hubby balik petang semalam...suka..
dah tak payah tidur sorang2 da...
Nak makan ape ek malam ni................

Thursday, June 28, 2012

yeayyy

Just nak record yang my sugar glider dah makan HPW yang dah tak perlu campur dengan buah dah. Malam tadi balik kerja saya tengok dia takde and sampai pukul 9 lebih still tak muncul2. saya dah risau takut jadi pape je kat dia tapi saya biarkan je sebab cari pun takkan jumpa sebab taktau dia duduk celah mana. Alih2 tengok tetibe dia muncul kat tepi saya.hehe.

pastu saya terus bancuhkan HPW powder tu dengan air mineral sahaja. saja nak test dia makan ke tak sebab ingat tak HPW campur grated epal yang saya tak sempat nak tukar sebelum pergi kerja semalam?saya tengok bila balik kerja malam semalam epal tu da tinggal sikit sangat sebab Baby makan. So its a very positive sign :)

So saya biarkan bancuhan HPW tu dalam cage, amik Baby dan letak dia dalam cage and saya pun masuk tidur. and guess what? pagi tadi saya tengok bancuhan HPW tu dah licin.Tapi malam tadi saya tengok dia memang macam lapar giler sebab sebelum dia nak makan HPW tu, dia datang bau dulu pastu dia blah and lepas tu mulut dia macam mengunyah2 je mungkin sebab lapar. Akhirnya mungkin dia takde pilihan dan terpaksa jugak makan HPW tu. So percubaan saya untuk latih dia makan HPW da berjaya! yeayyyy Alhamdulillah my Baby senang nak dijaga dan agak cepat jinak :)) So sekarang saya takdelah risau takut dia tak cukup zat lagi.

Tapi tak boleh happy sangat. Sebab pagi tadi saya tinggalkan dia dengan bancuhan HPW baru. Berdebar nak balik tengok whether dia makan atau dia tak sentuh langsung HPW tu. Kalau dia makan, maknanya everything is settle tapi kalau tak, maksudnya she hate HPW.

Sama2 kita nantikan keputusannya :D

Bosan kan entry takde gambar langsung. Nak gambar ke?

Wednesday, June 27, 2012

My baby suggies

Ola..

In the office rite now. As usual. Mencari sesuap nasi. Hehe
Tak sabar nak balik, pun as usual. Semalam failed la nak buat keje rumah. Sampai rumah dalam pukul 7 lebih sikit, then bukak tv and melayan internet sampai tido. Oh ye, dan jugak buat makanan si Baby, my sugar glider.

Punyalah nak paksa dia makan jugak HPW tu, saya buat 2 meal serentak, yang 1st, amik epal and honeydew, tumbuk sikit guna lesung batu oh sedihnya since blender hape pun tarak. Lepas tu campur dengan serbuk HPW and gaul.
Pastu, bila da letak dalam cage, nampak dia gi bau2. yela suggies ni dia hidup dengan bau je, mata and telinga secondary function. Mula2 dia blah je lepas bau pastu tengok2 dia start makan sikit2 tapi makan ala2 tak lalu. bolehla kan...

Then, saya pulak yang tak confident dengan meal 1st tu sebab terpikir pulak yang sebelum tumbuk meal 1st tu, ada guna lesung tu untuk tumbuk bawang plus lada. Risau pulak takut si Baby bau pelik dia takmau makan dah ataupun dia sakit perut. Last2 saya yang baik hati ni bangun pegi prepare meal 2nd pulak. baiknye saya kan. So kalau dengan suggies pun dah baik macam ni, dengan anak sendiri nanti confirm baik berganda kan hehe.

Ok for meal no. 2, saya just grated the apple and mix dengan serbuk HPW. Siap. Letak dalam cage sekali dengan meal first tadi. Surprisingly, si Baby makan jugak. Kali ni lama jugak dia makan, tapi still makan macam ala2 mau tak mau. tapi takpe, yang penting dia tetap makan.

Tapi kan, pagi tadi saya tak sempat nak tukar makanan tu sebelum pegi keje. Harap2 Baby tak sakit perut ye hehe

Ok till then :)

Oh ya, love my new blog template!
and hubby is on day 2 exam today. Semoga dapat jawab dengan jayanya sayang! woot woot

Tuesday, June 26, 2012

my sugar glider

I have a sugar glider. her name is Baby. haha
but i'm a bit worried since she refuse to eat the HPW (High Protein Wamberoo) - a supplementary diet for sugar glider.
She loves to eat honeydew and apple.
Will post her pic later.
Cant wait for 445 so i can go home and find her.
I do not have time to put her in the cage this morning, so I wonder where will I find her sleeping when I go home this evening.
Oh baby, please dont sleep in the dustbin like what you did last week!

:)

Friday, June 22, 2012

Tips Untuk Bride to Be


Hi. 

As usual la, saya kat ofis. Tak tau nak buat keje mana satu, terus rasa nak share tips pasal persiapan. Harap2 boleh la dijadikan panduan pada yang terbaca.

Honestly, rasa nak ulang balik je semua benda. Macam yang pernah saya kata dulu, sebab rindu dan untuk bagi semua benda memuaskan hati tahap 100%. Huhu. So that’s why la saya teringin sangat nak share dengan bride to be yang terbaca supaya boleh jadikan iktibar dan pengajaran. So saya akan share a few aspects je dulu ye. Gambar ape semua takde sebab ni lappy ofis ye. Huhu.

I.          Pemilihan tema

Yang ni tolongla decide awal2. sebab terlampau banyak benda yang depends pada warna tema kan. Walaupun ramai yang cakap ala Pengantin zaman sekarang bukan macam dulu, yang semua kena sedondon, dari pelamin, bilik tidur, baju, baju family satu colour sampai berpinar mata, tetapi tetapla korang takkan buat semua mende lain2 sangat kalernye kan. Contohnya takkan pelamin pink, baju oren, bunga telur merah kan? Takkan kan? At least walaupun tak sama sangat tapi still la tak lari jauh.

Macam contohnnya saya haritu, memang semua tak satu colour, tapi tetap berkaitan. Contoh ek, pelamin colour pink cream, baju colour peach ala2 pink, scallop and canopy punya hiasan pink, kek colour peach. So takde la lari sangat betul tak? Huhu. So bila theme colour decide last minit, then banyak la mende2 lain yang akan tergantung jugak. Faham tak maksud saya? Huhu

II.         Barang dalam goodies bag

Haa yang ni pun penting. Fikirkan siap2 nak letak apa dalam bag tu. Ada 2 choice, nak letak barang berunsurkan makanan atau tak. Kelebihan kalau bagi barang tak berunsurkan makanan ialah kita boleh prepare goodies bag awal2. Klau bagi makanan takkan nak packing sebulan awal or seminggu awal kan, nanti rosak plak makanan tu. Macam saya dulu bagi cupcake, nasi manis and tapai, dah sah2 la kena letak sehari sebelum. Kat situ je dah agak leceh sebab bayangkan kalau ada seribu bag kan penat dan pening. Walaupun orang tolong tapi bagi saya tetap serabut. huhu. Lagi lagi kalau buat paperbag DIY. Mana nak isi barang lagi, nak buat finishing touch pada goodies bag lagi. Melainkan kalau perkara lain da settle, so boleh la focus pada goodies bag sahaja.

Another option kalau tetap nak bagi makanan ialah bagi gula2, kerepek2, rempeyek etc yang tak cepat rosak. Marshmallow pun tak cepat rosak rasanya. Still ok lagi. Combine dengan barang lain macam mug.  

Barang lain yang saya bagi ialah air mineral kecik yang dalam cawan tu, gula2 dan mug.

III.       Jenis goodies bag

Yang ni sangatlah penting walaupun nampak tak penting. Sila berhati2 ye kawan2. Jenis goodies bag adalah amat penting bagi tidak merosakkan majlis anda. Jangan jadi macam saya. Saya pegi bantai beli goodies bag jenis kertas yang tak keras sebab cantik, Nampak exclusive, murah dan banyak stok lagi. Ala jenis paper bag kertas coklat macam kulit buku latihan sekolah tu. Sebab masa kat kedai tu ada la test letak barang berat macam tahan je, so terus proceed beli seribu. Sekali hamik kau, letak mug tak besar mana pun. Masa belum majlis ok je tahan (ada banyak jugak yang kena gam balik sebab terbukak kat bawah dia). Tapi tengah2 majlis la buat hal plak paper bag tu. Habis ada dua tiga orang yang tak bernasib baik jatuh barang2 dalam goodies bag gara2 bawahnye terbukak. Rasa nak pengsan je tengok. Mug pun kalau da jatuh confirm la pecah. Ceh tak guna betul. Memang menyesal la beli goodies bag camtu. Better beli bag yang jenis non-woven tu sebab walaupun tak “urban” mana tapi yang penting takde la kejadian macam tu berlaku di majlisku..aiyarkkkk tapi mende a lepas kan. Nak wat camno.

Lagi satu, sila fikirkan camana arrangement tempat simpan goodies bag anda, sebab kalau untuk rumah yang kecik, nanti pening takde tempat nak duduk sebab satu rumah penuh paperbag. Macam saya, tumpang letak rumah jiran, letak dalam kotak siap2.

IV.       Khemah dan pelamin

Khemah sebenarnya bagus jugak kalau dah pasang dua hari sebelum majlis, provided that jiran jiran anda jenis tak berkira. Sebab walaupun kenduri hari sabtu khemah pasang dari pagi or tengahari jumaat still kedengaran seperti ideal, hakikatnya pasang khemah dah ambil masa, nak pasang scallop lagi, hias meja pengantin lagi. Still amik masa yang lama so takut terburu2 dan terkejar2. nanti takut kalau tetiba ada arrangement meja yang tak betul dah masalah kan nak panggil balik orang tu betulkan. And pastikan meja untuk letak lauk cukup panjang, terutama kalau amik catering. Nanti orang canopy bagi 2 meja je untuk satu slot catering, tetibe tak cukup nak letak lauk. So confirmkan siap2 dengan orang catering ye dia nak pakai berapa meja.

Macam saya, saya buat pelamin bawah khemah, jadi bila khemah lambat pasang, nanti pelamin pun lambat la dapat pasang. Tambah2 kalau tetibe cuaca tak mengizinkan. Jadi paling ideal saya rasa pasanglah canopy dua hari sebelum. Scallop and hiasan sehari sebelum pun takpe.

Oh ye, kalau ambik catering biasanya kena sediakan untuk dorang satu tempat, sama ada bawah khemah atau tak untuk tempat persediaan dorang. Yang penting biasanya kena ada sumber air. Sebab dorang biasanya akan basuh2 ape2 yang patut kat situ termasuklah prepare apa2 yang patut e.g potong buah kalau tak cukup etc. Saya pun baru ingat last minit bila my mum ingatkan. Kalau nak sediakan khemah pun khemah kosong je, tak payah berscallop bagai.


Ok, setakat ni dulu lah saya membebel pasal persediaan sebelum majlis. Nanti part 2 saya akan cerita pasal persediaan semasa majlis pulak ye.
See ya. Psstt wish me luck for my exam on 20th and 21st ni. Thankssss.

Tuesday, June 19, 2012

Exam

Ok.

Esok exam.
Lusa exam.

Harini saya masih tak study lagi.

Esok paper Advanced Company Law.
Lusa paper Advanced Banking Law.

Apa nak jadi?

Haha. Ok2 lagi sepuluh minit saya study.


Saturday, June 2, 2012

Short Update

Morning..

Harini bangun awal. Sebab en Suami nak pergi kerja. Harini ada Hari Terbuka TUDM, so busy la dia nak kena uruskan kapal2 tu. Tinggallah saya kebosanan  di rumah. Ada banyak kerja yang boleh dibuat sebenarnya. Kalau rajin..huhu. So jap lagi nak buat:-
i) Lipat baju
ii) Masak
iii) Basuh baju-sementara sikit ni baik basuh terus, nanti dah banyak tak larat plak. Iolls takde mesin basuh lagi.
iv) Organize file IP -keje import dari opis ni..haihh

Ok tu je cita2 harini. Kita bagus la dari takde progress langsung kan.hehe.

Hubby ajak balik Kedah esok. So Isnin maybe tak pegi keje. Tak tau jadi ke tak. Ok nanti update lagi.

TATA

Tuesday, May 29, 2012

Our Lil Home SweeT Home

Hi Blog,

Today is the day, where the doctor will tell me yes or no, if yes, my life will not resume as normal, if no, my life will be as usual, and I will be so so so grateful. Please pray for me, i hope it is a "NO".

Ok, back to the house story.

We (me and my husband) live in a small apartment at Pantai Dalam ,KL. The rental rate is quite expensive for young couple like us, RM 850 per month. Tapi takde choice sangat. Its hard to find house for rent nowadays, especially if you want a house near to public transport, ya lah, in my case, I dont drive. Thats why hehe

So we got the key, and when we enter the house, it is a total mess! I can put the situation like this: EMPTY and DIRTY. So we start from scratch, go to the furniture shop, bought tikar getah and all basic furniture and it cost us around RM3000++. So for the couple out there who plans to get married soon, please think where to get money to buy all basic things for your house. I dont ask you to save or spare money, I just ask you to think from where you would dig the money for starting your life together (exception to those who already have a furnished house to stay after marriage).

The money is not only for furnitures, but also for small small thingy like dishwashing paste, the sponge, toilet brush etc etc. So if rajin, belilah mende2 kecik ni awal2 sebelum kahwin pun takpe even nampak macam remeh temeh dan tak best langsung.

So, we starts with tikar getah, pasang tikar getah kat semua area (yes, we live in the apartment without tiles, sabar je la), then the most tak sabar part is the waiting part for the furnitures to come. The furnitures come in stages, since the ready stock is not available at the shop. And finally all furnitures arrived, and after that, we start buying for other house equipments to complete the house, i.e curtain, table runner, small cushions, flowers etc.

So now dah kira bolehla rumah kitorang, tapi still nak beli lagi baramg2 sebab banyak area yang kosong lagi even rumah kecik.huhu. trust me women, you will definitely have this feeling to shop for your house after you become a wife and live in your own house. Hehe

Ok la till then, but below picture inspires me a lot, but due to financial factor, i can just dreammmmm

Source:  http://www.my-rummy.com/hiasanruang/Hiasan_Ruang_Tamu_Apartment.html

Cun gilers kan

Pun cun juga

Okay till then
Pray for me ya
xoxo

Wednesday, May 23, 2012

MY NEW WISHLIST

Rasanya wishlist kat sebelah tu dah tak relevan. Sebab dah settle. And nak kena remove. So nak buat wish list baru. So ape ek..just conteng2 dulu:-

1) Nak pakai braces
2) Nak bawak ibu pegi melancong (Indonesia la choice termampu)
3) Nak complete kan our little new house-ada a few things lagi x beli eg langsir kusyen kecik etc-my priority
4) Nak settlekan pindah barang dari bilik sewa and cari penyewa untuk bulan depan
5) Nak settlekan exam and pass- tolongla pass kalau tak habisla!-my priority
6) Nak belajar masak kari untuk En Suami-my priority
7) Nak settlekan ganti puasa (wishlist berkaitan akhirat pun kena masuk jugak!)-my priority
8) Nak try register music class semula (sambung piano kot sebab macam da x sanggup nak proceed dengan violin)- not my priority
9) Nak pandaikan diri drive kat KL- taknak takut2 lagi! Aim- at least boleh drive dari rumah ke TUDM subang (senang nak jemput/ hantar en suami) and nak pandaikan diri side parking- my priority
10) Nak settlekan my cyst operation.-my priority

Ok cukuplah sepuluh dulu. Kena realistik kan. Buat apa letak berjela2 tapi 1 pun tak tercapai. Ok now, law of attraction and doa and usaha. Semoga tercapai, Amin.

BTW, En Suami pulang hari ini. Eksaiteddd. Ya Allah semoga aku dapat berubah menjadi isteri yang baik dan taatkan suami. Amin ya Rabbal Alamin.

I hope my life can be perfect like PD :)

Thursday, May 10, 2012

berlalu sudah

hi blog..

finally everything settled. tapi rasa nak ulang balik semuanya.
bukan sebab apa pun. sebab banyak mende yang rasa tak puas hati dan sedikit rindu.
tak sure la berapa hari da bergelar suami isteri. terlupa nak kira.
sekarang tiap2 hari rasa tak sabar nak balik rumah, melepak bersama suami.huhu
itupun selagi dia ada, selagi dia belum balik kuching (which is lusa!!). benci

perasaan bertambah serabut dengan keje ofis. agreement yg pending x siap lagi.
saya malas la buat agreement bos. tolonglah.

this coming saturday and monday ada presentation. God help me disappear from this world and bila da balik dunia semula tiba2 dah convo. boleh?

tapi kadang2 bila fikir, i have to do things wholeheartedly, appreciate all things that i've got in life, instead of mengeluh dan malas setiap masa. ok la saya cuba.
target sekarang ialah untuk menghabiskan to do list sepanjang A4 paper secepat mungkin.

ya Allah, permudahkanlah.
Amin.

Yours Truly.

Thursday, February 23, 2012

The dayss

Salam..

Haha, ade ke orang yang akan jawab? i.e ade ke orang yang baca?
tak kisahla..tulis untuk diri sendiri je. my online diary.

seperti biase la sekarang kat office. tengah tunggu nak kua lunch so teringat nak update blog ni. padahal kerja ada je melambak. biarlah. pikir petang nanti je.

harini terasa nak review balik wishlist kat sebelah tu..alhamdulillah daripada 8 mende yang di list kan, kiranya macam 6 da dapat ditunaikan even kadang-kadang yang dapat tu adalah lain daripada apa yang nak mula2 dulu. tapi insyaAllah yang tu yang terbaik dan telah tertulis. cewahhh..

  • 1) kereta-done
  • 2) bilik baru-done
  • 3) wedges baru-dapatla seketul
  • 4) vacation to Indonesia againn- i went to Singapore & Kuching instead =)
  • 5) blackberry / Iphone- lastly amik samsung galaxy sII :)
  • 6) digicam sony (red)
  • 7) gps ezynavi
  • 8) rm2500 for T- yeayy done ;)

kalau yang tak tertunai lagi ialah item no. 6 and 7 kan.. no 6 ialah digicam, so camni lah..sebenarnya sekarang ni da x suka sangat nak amik2 gambar semua.. ntahla kenapa pegi mana2 even kenduri je rasa malas nak snap gambar bagai. harapkan camera kawan2, yang kononnya masa tu beria cakap nanti nak bluetooth la, transfer la tapi hampeh..plus boleh je guna camera fon, so maybe da boleh remove dari wishlist buat masa ni kot. masa depan wallahualam lagi la :)

kalau untuk gps plak, boleh jugak install papago kat fon ni. tapi rasa nanti macam leceh pulak nak kena tengok nset untuk drive, nak kol lagi sms lagi, so sekarang ni harapan semoga en tunang dapat mewariskan gps dia je pada saya. lepasni dengan isteri xkan nak kedekut2 lagi kan..haha. so bila dia balik kuching, harap2 dia tinggal gps tu kat saya. lagipun bukan nak guna sangat. just nak spare je.

lagi berapa hari ek nak menuju ke 21.4.12? 50 lebih kot. tapi terlampau banyak yang x settle lagi. biarlah, malas nak pikir?boleh??

ok lah, semoga Tuhan permudahkan hidup saya dan kamu kamu kamu!

Yours Truly,
...