Salam…
Hi everyone..As usual, entry ini dikarang di opis la..mana
lagi. Kat rumah dah lama tak online. Reason being is lappy ku yang tersayang
dah diberi pada my mum sebab dia nak online and lappy hubby plak dia guna untuk
buat keje2 dia. Plus, internet pun dah lama tak berbayar.hehe. I love my lappy
so much sebab dah banyak berjasa membantu tuannya ni menyiapkan segala
assignment, tengok citer, surf internet and bermacam2 lagi la sejak sem 1 dekat
uni dulu. Tanpa lappy tu tak dapat dibayangkan macam mana la hidup sebagai
seorang student di bumi Terengganu dulu.
My lappy tu brand nye TOSHIBA tau. Dulu2 masa tahun 2006
mana ada sangat orang pakai laptop brand Toshiba. Lepas tu my mum mintak tolong
sorang saudara merangkap jiran kitorang untuk belikan laptop untuk anak dia ni.
Bila je laptop tu sampai kat rumah, saya terkejut bila tengok brandnye ialah Toshiba.
Tapi ok la terima je la kan.
Tapi yang sentapnya, masa bagitau kat sorang kawan yang saya dah beli laptop
brand Toshiba, kawan tu boleh plak gelak and tanya,” eh ko ni beli laptop ke
beli mesin basuh??” Adoiii sentapp makkk. Nasibla lepas2 tu memang ramai yang
kata including one of my lecturer bahawasanya laptop brand Toshiba adalah
laptop yang bagus. So bangga sat sebab saya sorang je yang pakai laptop Toshiba
hehe.
Merapu plak citer pasal laptop. Semalam my boss mc. Tak pernah2
dia mc tau so kitorang kat opis ape lagi, berjimba sakan la. Ni pun belum Nampak
batang hidung dia lagi. Mintak2 la dia x datang, tapi malas la plak nak
berharap, takut kecewa. Tapi marilah kita berdoa bersama2 ek semoga dia mc
lagi. Hehehehehe.
Saya rasa nak start online shop la. Jual baju. Nak jual baju
yang long sleeves sebab pada saya, saya rasa susah untuk cari baju berlengan
panjang betul2 yang boleh bawak ke opis or jalan2. InsyaAllah. Doakan saya ek.
Nanti bila da ade customer, bolehla work from home aje. Hehe. Bestnye…Dengan
izin Allah.
Ok la, nanti la sambung. Have a happy day uollls. Daa
No comments:
Post a Comment
mezzo forte