Salam..
Apa kabar uolss? hihi. Heavennye kan cuti lama raya cina. Saya siap amik extra 1 setengah hari lagi. So harini cuti half day je. Tengahari baru masuk. Bos pulak xde sampai esok. memang alhamdulillah sesangat haha.
So harini plan masuk opis trus nak buat keje. Yela bila bos takde, hati tenang sikit nak buat keje kan. Tapi macam tak berapa kesampaian. Banyak plak godaan huhu. So takpe kita kasi tulis entry baru dulu. Pasni kita buat keje ye.
So nak citer ape pun xtau sebenarnya. Okla kita citer pasal aktiviti last weekend. Saya pergi Melaka. Dah banyak kali dah pergi Melaka sebenarnya. Tapi setiap kali pergi macam tak berapa nak enjoy. Sebabnya macam xtau nak pergi mana. En Suami pulak bukan jenis yang explore sangat. Asyik2 tanya si isteri ni je nak pegi mana. Mana la saya tau kan. So mesti last2 balik camtu je lepas pegi satu dua tempat. Tapi trip kali ni memang syok sebab pergi dengan kawan2 opis. Sebab ade wedding sorang kawan opis ni. nama dia Kak EE.
Kitorang bertolak dari KL hari Sabtu dalam pukul 10 camtu la..Saya naik teksi dari rumah ke BTS, sampai sana my colleague, Kak Ina pick up. Jalan agak jam sampai Seremban, so kitorang sampai dalam awal petang. Terus gi rumah bakal pengantin sebab dia ade sediakan homestay. Lepas dah makan2 and tidur then kitorang gerak pegi bandar Melaka untuk cari cendol, pegi muzium, pegi Jonker Walk and yang paling best naik Menara Taming Sari sampaikan terlajak waktu balik. Actually kitorang plan nak pegi bandar sekejap je sebab malam tu ade majlis berinai Kak EE, tapi takde maknanya. Campur dengan sesat bagai, dekat pukul 12 baru sampai rumah. (baca: Rumah Kak EE). kitorang lepak2 jap sambil berfikir dan menyibuk memberi pendapat camana nak fix kan pelamin Kak EE sebab dia x puas hati then baru la kitorang balik homestay tido. Nasib homestay hanya walking distance dari rumah Kak EE.
Then hari seterusnya, Ahad majlis pun berlangsung. Akad nikah dalam pukul 10 pagi. memang sedih betul akad nikah orang Melaka ni. syahdu giler. banyak la plak kad2 yang pengantin, mak and wali kena baca. ape lagi semua ayat tangkap leleh la. sampaikan iolss yang hati kering ni pun berair mata. Then pas kenduri, kitorang konvoi ramai2 dengan bebudak tempat keje pi minum coconut shake Klebang. xdela sedap pun rupenye ek.
Then pi singgah beli Kuih Keria antarabangsa, pi check in apartment yang kitorang sewa untuk second nite. Nama dia Casa Lago Apartment. Not bad. sesuaila untuk orang yang bercuti dengan family. apartment kitorang tu ade 2 bilik and 2 bilik air. Untuk 4 orang duduk. Then pas solat, kitorang keluar pergi melawat Portuguese Settlement dan off to Muara Sg Duyung, kedai ikan bakar. Memang sedap dan murah. Untuk 10 orang makan baru RM171 je kot. Kitorang order Siakap Bakar sekor, Terubuk Bakar sekor, Sotong celup tepung, udang butter, air 2 jag, nasi putih. Tapi masa nak beratur sebelum dapat masuk tu memang hazab gakla sebab ramai orang.
Then balik tido. malam tu boleh plak sakit perut. ni mesti gara2 makan macam2 sangat. The next day tu Isnin hari balik. Tapi sebelum balik tu kitorang singgah kat Ee Ji Ban, restoran chicken rice ball yang glemer jugakla kat Melaka tu. Tapi memang sedap la. Chicken Rice yang dia kepal2 jadi kan bebola tu pun memang da sedap makan camtu je. Baby Kailan Sos Tiram dia memang terbaek. Cuma portion ayam kecik tapi ok2 la kot kalau pandai balance ayam and nasi. Bebola nasi tu pulak saya makan dalam 9 kot.
Pastu kitorang balik KL ikut jalan Alor Gajah sebab Kak Ina nak singgah pekan Alor Gajah makan cendol and Cucur Udang. Cendol memang pure and sedap. Cucur udang or Kuih Udang (as per the kiosk's signboard) pun rangup cuma tak suka sebab dorang buat macam ala2 rojak. Siap campur popia sejuk, nugget, fishcake kat dalam tu and curah sos. Pasni kalau beli saya akan mintak nak cucur udang sahaja. Tamau campur2. tu pun ramai yang beratur nak beli. menang panjang la barisan dia. and mana yang tapau tu semua bawak balik plastik besar ok.
Pastu tengah jalan tu singgah beli kupang. Murah sangat. 1kg RM4 je. berbaloi2. tapi sampai harini belum masak lagi sebab xde kunyit hidup kat rumah huhu. Okla, nanti sambung lagi. Let me know kalau ade tempat yang uolss nak saya ceritakan dengan lebih detail ek. Gambar next time la ye. Hihi
Salam
No comments:
Post a Comment
mezzo forte