Friday, August 16, 2013

tanda tanda hamil mengikut pengalaman sendiri

Salam..

saja nak share pengalaman kat sini. ramai orang yang tak tau yang saya da pernah gugur bulan may haritu. memang tak bagitau orang pun sebab semuanya berlaku dengan pantas. cewahh skema ayat. saya memang agak tak sangka saya pregnant sebenarnya sebab first, taknak kecewa lagi so semua tanda-tanda saya rasa dan anggap macam false alarm aje. Kedua sebab dah setahun kawin tak pregnant2 pun..so tak sangka la pulak boleh lekat huhu. Ketiga, sebab tak pernah pregnant jadi tak berapa pasti adakah betul tanda2 tu tanda pregnant. ok kat bawah ni saya senaraikan apa yang saya rasa time tu (tapi hati deny) huhu.

i) rasa malas yang teramat-seminggu kat opis asyik berlakon ada kerja je padahal memang tak buat apa dari pagi sampai balik. rasa malas teramat.

ii) rasa berdenyut2 pada bahagian bawah (maybe ari-ari) belah kanan

iii) asyik sendawa (keluar angin)- saya ni memang bukan jenis banyak angin tapi tetibe tengah asyik sendawa memanjang

iv) period lambat- lepas dah lebih 3 hari period tak kunjung tiba, saya dah start syak. huhu

v) ada la skali makan mee bandung rasa tak sedap. tapi xtau la betul ke tak.maybe sebab memang tak sedap kot. kebetulan time tu rasa tak berapa sedap badan.

tu je setakat ni. nanti saya update lagi

No comments:

Post a Comment

mezzo forte