Thursday, December 5, 2013

Endometrioma Cyst


Salam semua..

Just nak cerita pasal my cyst. Haritu kan dah buat laparoscopy untuk remove the cyst. Masa tu dah ada dua, satu kat belah kiri (yang memang dah tau lama), and satu lagi baru naik je belah kanan. Yang baru naik tu baru dapat detect lepas gugur haritu. 

Lepas dua bulan operation, saya pun buat follow-up kat hospital yang sama, tengok2 cyst tu naik balik. Masa tu memang rasa agak frust la. Baru je berhabis dekat 11k operate (walaupun insurans cover), tak lama pun kan, terus naik balik. Dr tu pun cam buntu je mukanya huhu. Actually, ramai doktor yang akan bagi patient ubat stop period dalam 6 bulan (lucrin) untuk sembuhkan ovari and all the tubes dsb kat dalam tu, tapi doktor ni bagitau yang since saya dah pernah pregnant haritu so dia nak saya try pregnant terus after operation tu so period automatically akan stop untuk 9 bulan. Tapi yela, baru2 lepas operation takdenye nak berusaha bagai kan. So tak pregnant la.

Lama2 baru la saya dapat faham situasi saya sebenarnya. Sebab pada saya selama ni maybe doktor tak explain dengan menyeluruh, so saya tak dapat nak tangkap the real situation. So lepas baca sana sini, and combine dengan explanation doktor, barula saya betul2 faham. So camnilah, saya ade cyst, bila operate, cyst tu mengandungi cecair kaler coklat, yang orang panggil chocolate cyst, so maybe darah coklat tu ialah darah period lama yang tak keluar sepenuhnya ikut saluran yang betul. Kiranya sebenarnya endometriosis la jugak. Cuma bezanya saya dengan pesakit endo yang lain, darah saya tak jatuh ke organ-organ yang lain, darah saya ni berkumpul kat dalam cyst tu. taktau la camana aliran darah period tu boleh ter reverse backward ke ape yang menyebabkan dia tak keluar habis ikut bawah. 

Untuk lebih faham, saya sertakan gambar kat bawah ni..

Ni gambar endometriosis biasa yang mana darah period tu akan jatuh/ gugur/ pergi (hehe) ke luar dari saluran yang sepatutnya..so akan nampak camni la dalam perut..ada doktor cakap darah tu akan melekat2 di organ2 sekeliling macam darah yang kita nampak masa nak bersihkan ayam..

Sumber : www.gynaecology.spotmysite.com
                                 
 Ni pulak cyst yang disebabkan endometriosis (macam saya) whereby darah tu tak jatuh berselerak macam gambar atas tapi berkumpul kat dalam satu kantung yang dipanggil cyst..Bawah belah kanan tu gambar cyst yang telah dipecahkan..

Sumber: www.inviafertility.com

 
So gitula kisahnya..kalau ade yang tersalah terang tu maafla ye. Boleh betulkan saya. saya terangkan ni berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya tentang masalah cyst saya ni..Dari segi treatment pulak, doktor saya memang takde bagi ape2 ubat untuk kecilkan cyst, kecuali duphaston dulu. Tu pun tak berkesan pun. Sekarang ni saya tengah try makan pil minyak habatussauda brand Minsyam. Lepas tu haritu ade jugak minum amalkan minum air kunyit tapi tak sure ade kesan ke tak huhu. Takpela cuba dan terus mencuba ajela.Susu al-khisbun and hulba al-khisbun pun ade beli, maybe boleh merawat sistem kat dalam tu, tapi masalahnye saya tak lalu minum. ade sesape yang ada petua tak caner nak counter bau dan rasa herba yang kuat tu?Huhu

So kesimpulannya, sekarang ni saya masih berikhtiar nak dapatkan zuriat, tapi taknak tension2, lagipun kawin takdela lama sangat lagi dan alhamdulillah saya pernah diberi rezeki untuk tengok perkataan "pregnant" pada pregnancy test kit. And alhamdulillah juga dapat semua yang rileks and selalu suruh sabar. Semoga rezeki saya dan anda untuk dapat zuriat tak lama lagi. Aminnn

Daaa...

Saturday, November 30, 2013

Dapur Hijau Saya

Salam..

Hi..harini saya nak share gambar-gambar dapur saya. Dapur saya ada tema kaler iaitu hijau. Kenapa hijau?Ntahla..saya bukan peminat kaler hijau sangat pun, tapi ntah macam mana saya decide nak beli barang-barang dapur kaler hijau je bagi seragam and sedap mata memandang. Padahal kalau dapur tu kemas, tak payah ada kaler tema pun mata akan jadi sedap je nak pandang. Rasanya sebab saya dah terbeli barang pertama untuk dapur kaler hijau haritu (tak ingat barang ape), so saya pun terus proceed beli semua hijau. Tapi takdela 100% pun, cuma kebanyakan la..Emm saya duk quarters ye..
Ni mende first yang saya nampak dari pintu dapur..saja letak pokok kat situ untuk segarkan mata..and boleh jadi hiasan yang murah dan berfaedah.tak tau nak letak ape kat ruang kosong?letakla tumbuhan hijau..nampak penuh dan elegan gitu hihi. botol sos2 and kicap memang saya letak kat situ, senang nak amik. alas hijau tu pulak sebenarnya alas rak pinggan. malas nak guna alas tu untuk rak pinggan, nanti air bertakung. water dispenser tu Spritzer yang punya. Kebetulan ade warna hijau.belakang tu botol air yang saya guna untuk buat air sejuk..

gambar x clear sangat sebab cahaya..just nak tunjuk atas peti ais tu ade 2 green box. props je..kosong dalam tu..tapi kalau buat makan2, saya letak sudu and garfu plastik dalam tu.dalam box merah hitam tu stok ubat.senang nak cari, cam first aid box untuk rumah ni..plaster semua ade kat situ

Ade satu je gambar dalam kabinet yang sempat amik..dulu dalam ni memang dasyat..lepas bukak je pack asal, trus ikat dengan getah and campak je dalam ni. nak bukak pun kene hati2 takut jatuh kena kepala..tapi sekarang sangat best. bila da organize elok2 macam ni, tetibe space yang dulunya macam dah padat jadi luasss...hihi

Close-Up..bekas hijau kecik2 tu dari MR DIY ye.murah je.. sticker label hijau pun dari MR DIY..saje beli sticker camtu..sebab nanti bila nak basuh bekas tu senang nak remove and tak rasa sayang..hehe.. paling penting, untuk setiap mende yang kita keluarkan dari pack asal and masukkan dalam bekas lain, pastikan anda tulis expiry date pada labelnye ye..jangan lupaaa huhu

Ni dapur yang memang ade kat quarters ni..tapi tak guna pun..saya guna dapur dua tungku tu je..so tutup and atas tu apa lagi, jadi tempat letak barang la..yang hijau tu tempat letak bawang kunyit etc..sebelum ni letak bawang dalam bekas daiso yang tertutup tu, sekali bukak2 tengok bawang dah hitam..pelikss sangat..rupanya baru tau bawang besar tak boleh simpan dalam bekas tertutup muahaha

Lighting terlebih...ni ruangan sinki..sink ade satu je..rak pinggan saya asalnye kaler biru gelap..tapi tetibe terjumpa yang kaler hijau..so ape lagii...water purifier tu pun kebetulan dari dulu lagi beli and memang warna hijau. mangkuk bulat tu bekas air sabun..dalam sinki tu tapis sisa makanan.. sabun basuh pinggan tu ialah kebetulan semata-mata. Abaikan kain buruk tu

Yang hijau kotak2 tu tempat rempah ratus, garam dan sebagainya. oh ye, alas tu dari daiso
Ni tak hijau huhu...kat sini saya letak pinggan and piring yang slalu guna..tempat pinggan tu dari daiso, dan jugak gelas/cawan yang selalu guna. Pinggan susn ntah pape je hehe. Ok uolsss itu aje...Byeeee.Thanks for reading :)




Wednesday, November 20, 2013

Deko Rumah Saya



Salam..

Harini saje nak share pasal deko-deko rumah. Bukan deko sangatla tapi pasal organizing things. Hihi. Sebenarnya saya baru jugakla discover blog Susun Atur Sioca. Memang best sangat sebab boleh dapat motivasi nak organize and nak kemas barang-barang kat rumah. Yela iolss ni kerja nye nak kena dapatkan motivasi aje baru semangat tu datang hihi. Tapi seriously memang berterima kasih sangat dengan blog-blog susun atur ni sebab menaikkan semangat saya nak mengemas and menjadi isteri yang lebih baik. Wahhhh. Hehe.

Gara-gara tengok blog participants yang participate contest yang dianjurkan oleh Susun Atur Sioca tu la semalam walaupun saya sampai rumah lambat, dalam pukul 11.30 malam gitu, saya tetap gigih ke dapur mengemas apa yang patut hihi. Memang bagus kan. Susun Atur Sioca akan organize contest rasenye almost every month dan contest tu akan ikut tema, contohnya untuk bulan November ni, temanya ialah dapur. So contestant boleh la buat entry pasal dapur dorang, camana dorang organize dapur dorang etc dan link kan ke blog Susun Atur Sioca ni. Sape yang terbaik boleh dapat hadiah. So saya pun nak join la contest bulan ni. Huhu.

So, sementara nak up entry dapur, saje nak share gambar deko-deko rumah saya. Simple je tapi yang penting tak serabut dan saya and husband suka. Rumah quarters so tak boleh la nak beria sangat. Dulu pun saya pernah share gambar deko rumah sewa saya. Boleh try cari kat entry lepas-lepas ye.  

Sarung kusyen biru tu dah bertukar jadi plain gold
Ni kitorang DIY for dinding atas kepala katil sebab kosong sangat and xde ape nak letak
Pemandangan ruang makan dari ruang tamu





Thursday, October 17, 2013

Dilema

Hi Uolss,

Nak share dilema ni..
Da terlebih hari..N line UPT kejap blur kejap xde
Adakah side effect pakai lumiglow?
Pening.

Maybe sebenarnye takde pape. Huhu.

Friday, August 16, 2013

tanda tanda hamil mengikut pengalaman sendiri

Salam..

saja nak share pengalaman kat sini. ramai orang yang tak tau yang saya da pernah gugur bulan may haritu. memang tak bagitau orang pun sebab semuanya berlaku dengan pantas. cewahh skema ayat. saya memang agak tak sangka saya pregnant sebenarnya sebab first, taknak kecewa lagi so semua tanda-tanda saya rasa dan anggap macam false alarm aje. Kedua sebab dah setahun kawin tak pregnant2 pun..so tak sangka la pulak boleh lekat huhu. Ketiga, sebab tak pernah pregnant jadi tak berapa pasti adakah betul tanda2 tu tanda pregnant. ok kat bawah ni saya senaraikan apa yang saya rasa time tu (tapi hati deny) huhu.

i) rasa malas yang teramat-seminggu kat opis asyik berlakon ada kerja je padahal memang tak buat apa dari pagi sampai balik. rasa malas teramat.

ii) rasa berdenyut2 pada bahagian bawah (maybe ari-ari) belah kanan

iii) asyik sendawa (keluar angin)- saya ni memang bukan jenis banyak angin tapi tetibe tengah asyik sendawa memanjang

iv) period lambat- lepas dah lebih 3 hari period tak kunjung tiba, saya dah start syak. huhu

v) ada la skali makan mee bandung rasa tak sedap. tapi xtau la betul ke tak.maybe sebab memang tak sedap kot. kebetulan time tu rasa tak berapa sedap badan.

tu je setakat ni. nanti saya update lagi

Friday, August 2, 2013

OVARIAN CYST AND THE OPERATION

Salam All,

Selamat menghabiskan puasa. Selamat mengejar peluang untuk melakukan ibadah2 di akhir2 Ramadhan ni. Harini nak story tentang cyst. Sebenarnya a few days lepas kahwin saya da tau yang saya ade cyst kat ovari kiri. Tu pun kebetulan pegi clinic sebab gatal2 kata belakang badan. So sekaligus saya mengadu pada doctor yang saya ada rasa something is not right kat bahagian kiri bawah perut. So dr bagi surat refer kat hospital suruh buat ultrasound. Then bila pegi scan esoknya, dr kata ada cyst sebesar 6cm and dalam tu berisi cecair.

So lepas tu ada la pegi check dengan dr kat hospital lain and dr tu pun confirmkan pasal cyst tu. Dr kedua yang saya pegi tu suruh buat tumor marker dulu untuk tengok sama ada cyst tu cancerous atau tak. Cara buat tumor marker ni ialah dengan amik darah and lab akan test darah tu. Alhamdulillah tiada tanda cancer.

Lepas tu memang dr nasihatkan suruh operate je buang tapi saya tangguh2 kan sampai la lebih dari setahun. Alhamdulillah cycle period tetap dan tak terjejas kerana cyst tu. Tapi dalam masa yang sama tak pregnant2. sym mg dgr orang kata kalau ada cyst tu dia boleh mengganggu proses nak pregnant and ada jugak pengalaman orang yang walaupun Berjaya pregnant tapi cyst tu akan membesar sekali dengan baby dan mengakibatkan tumbesaran baby terbantut. Tapi saya tetap nak pregnant jugak.

Satu ketika tu, masa tu saya tengah busy pindah rumah. Lepas pindah rumah tu saya stay rumah kawan sebab husband kena balik kuching. Masa tu memang period saya tak datang2. tapi tanda2 nak period tu semua saya da rasa macam lenguh kat sendi2 kaki. Tapi period tak muncul2 jugak. Saya tak berapa nak test sama ada pregnant atau tak sebab takut kecewa. Tapi ….

BERSAMBUNG…. ;)

Monday, June 24, 2013

Hi All

Salam.. Just wanna say hi...

So this is my to buy list..hihi boleh??

1) lampu ruang tamu
2) lampu bilik tidur
3) sofa bilik tidur
4) frame bilik tidur
5) lampu dressing table for bilik tidur
6) carpet for bilik tidur

tu je. harap dapat beli before raya ni :)

ughh im bored actually

bye

Tuesday, March 26, 2013

Our Herbalife Journey

Salam..

Boss went for a wholeday meeting today. Gembiranya huhu.. well referring to the above title, harini nak citer pasal Herbalife. bukan nak promote atau ape ek. Just nak share cerita je.

sebelum ni, masa zaman study saya pernah follow kawan merangkap jiran belakang umah pegi satu event Herbalife. Masa tu kat Sunway. First time pegi event camtu. Masa tu memang bestla..jumpa smua orang yang ala2 high class gitu. yang berlagak macam high class pun ramai hikhik. Macam sorang makcik kitorang follow tu. tak bagi panggil dia makcik, tapi suh panggil aunty. okla aunty.

masa tu memang tak faham pape. main follow je sebab tak faham ape. masa tu dressing pun poyos je. pastu malam tu ada cam party sikit, since kitorang ni orang2 yang suci murni lagi time tu, so kitorang tak join sangat.duduk je. sampai that so called aunty tu cakap kenapa tak enjoy?jangan risau mak takde kat sini hahaha..

ok, tu dulu, tapi sekarang ni da glemer kan herbalife, so dah tau amende la herbalife tu. and my husband pun pernah beli time study kat upnm dulu, tapi biasela tak disiplin , end up dia pergi jual kat ayah dia..ayah dia makan or tak pun wallahualam, tapi badan tak de perubahan pun huhu. so sekarang my husband da serius nak mulakan balik since dia kena jaga BMI dia kan. kata askar. so saya pun mencari2 la orang yang sesuai nak bertanya pasal herbalife ni and last2 saya decide nak tanya ngan Cik Rai. Sape tak kenal Raihanna kan..sebelum tu saya try google2 and try nak register sendiri sebab nak beli harga diskaun kan, tapi tak boleh sebab kita kena masukkan sponsor ID etc, sebab tu la saya decide nak menuntut ilmu dari cik Rai. and she is really helpful. Thanks Rai.

So lepas dah daftar and dah dapat khidmat nasihat dari Cik Rai, saya pun start la nak beli barang2 nya. mula2 nak beli online je tapi sebab nak barang cepat, akhirnya saya and husband pun decide nak pergi sendiri Herbalife HQ kat Jalan Raja Chulan tu. nasib hari sabtu bukak dari pukul 10-3pm. masa kat HQ tu, kitorang agak terbangak2 la taktau nak beli camana, tapi berbekalkan pesanan dari Rai, akhirnya berjaya jugak kitorang beli produk2 seperti di bawah:-

Formula 1 perisa Dutch Chocolate- 1
Formula 3- 1
Herbal Aloe - 2
Tea-Mix-2

Total point (VP) dalam 160++

Total damage: RM800++

So start dari hari Ahad baru ni my husband dah start Herbalife journey dia tu. pagi2 saya la yang prepare shake and tea-mix untuk dia. So, kitorang nak try apply rules of 90 days i.e try consume product tu for 90 days tengok ada perubahan ke tak. So nanti saya share resultnye ek.

Btw, esok my husband balik Kuching, sedihnya dah mula terasa. nasibla ade my family kat umah. So till then, daaa.

xo, AAR


Monday, March 18, 2013

Working issue

Salam..

Saya nak tau pendapat kawan2 yang baca blog ni terutamanya kepada sesiapa yang dah bekerja, macam mana nak nilai sama ada apa yang kita buat tu i.e kerja adalah minat kita atau bukan? Ada sesiapa yang boleh bagi pandangan tak? Adakah kalau kita minat tu kita akan rasa tak sabar nak pergi kerja setiap hari? and adakah kalau kita tak minat tu kita akan rasa tertekan nak pergi kerja setiap hari? (kecuali hari yang bos takde kat ofis?) or ada tak orang yang minat dengan apa yang dia buat tapi dia tetap tetekan nak pergi kerja?

Appreciate your views. Thank you in advance :)

Thursday, February 14, 2013

hari Khamis-cerita cuti Raya Cina

Salam..

Apa kabar uolss? hihi. Heavennye kan cuti lama raya cina. Saya siap amik extra 1 setengah hari lagi. So harini cuti half day je. Tengahari baru masuk. Bos pulak xde sampai esok. memang alhamdulillah sesangat haha.

So harini plan masuk opis trus nak buat keje. Yela bila bos takde, hati tenang sikit nak buat keje kan. Tapi macam tak berapa kesampaian. Banyak plak godaan huhu. So takpe kita kasi tulis entry baru dulu. Pasni kita buat keje ye.

So nak citer ape pun xtau sebenarnya. Okla kita citer pasal aktiviti last weekend. Saya pergi Melaka. Dah banyak kali dah pergi Melaka sebenarnya. Tapi setiap kali pergi macam tak berapa nak enjoy. Sebabnya macam xtau nak pergi mana. En Suami pulak bukan jenis yang explore sangat. Asyik2 tanya si isteri ni je nak pegi mana. Mana la saya tau kan. So mesti last2 balik camtu je lepas pegi satu dua tempat. Tapi trip kali ni memang syok sebab pergi dengan kawan2 opis. Sebab ade wedding sorang kawan opis ni. nama dia Kak EE.

Kitorang bertolak dari KL hari Sabtu dalam pukul 10 camtu la..Saya naik teksi dari rumah ke BTS, sampai sana my colleague, Kak Ina pick up. Jalan agak jam sampai Seremban, so kitorang sampai dalam awal petang. Terus gi rumah bakal pengantin sebab dia ade sediakan homestay. Lepas dah makan2 and tidur then kitorang gerak pegi bandar Melaka untuk cari cendol, pegi muzium, pegi Jonker Walk and yang paling best naik Menara Taming Sari sampaikan terlajak waktu balik. Actually kitorang plan nak pegi bandar sekejap je sebab malam tu ade majlis berinai Kak EE, tapi takde maknanya. Campur dengan sesat bagai, dekat pukul 12 baru sampai rumah. (baca: Rumah Kak EE). kitorang lepak2 jap sambil berfikir dan menyibuk memberi pendapat camana nak fix kan pelamin Kak EE sebab dia x puas hati then baru la kitorang balik homestay tido. Nasib homestay hanya walking distance dari rumah Kak EE.

Then hari seterusnya, Ahad majlis pun berlangsung. Akad nikah dalam pukul 10 pagi. memang sedih betul akad nikah orang Melaka ni. syahdu giler. banyak la plak kad2 yang pengantin, mak and wali kena baca. ape lagi semua ayat tangkap leleh la. sampaikan iolss yang hati kering ni pun berair mata. Then pas kenduri, kitorang konvoi ramai2 dengan bebudak tempat keje pi minum coconut shake Klebang. xdela sedap pun rupenye ek.

Then pi singgah beli Kuih Keria antarabangsa, pi check in apartment yang kitorang sewa untuk second nite. Nama dia Casa Lago Apartment. Not bad. sesuaila untuk orang yang bercuti dengan family. apartment kitorang tu ade 2 bilik and 2 bilik air. Untuk 4 orang duduk. Then pas solat, kitorang keluar pergi melawat Portuguese Settlement dan off to Muara Sg Duyung, kedai ikan bakar. Memang sedap dan murah. Untuk 10 orang makan baru RM171 je kot. Kitorang order Siakap Bakar sekor, Terubuk Bakar sekor, Sotong celup tepung, udang butter, air 2 jag, nasi putih. Tapi masa nak beratur sebelum dapat masuk tu memang hazab gakla sebab ramai orang.

Then balik tido. malam tu boleh plak sakit perut. ni mesti gara2 makan macam2 sangat. The next day tu Isnin hari balik. Tapi sebelum balik tu kitorang singgah kat Ee Ji Ban, restoran chicken rice ball yang glemer jugakla kat Melaka tu. Tapi memang sedap la. Chicken Rice yang dia kepal2 jadi kan bebola tu pun memang da sedap makan camtu je. Baby Kailan Sos Tiram dia memang terbaek. Cuma portion ayam kecik tapi ok2 la kot kalau pandai balance ayam and nasi. Bebola nasi tu pulak saya makan dalam 9 kot.

Pastu kitorang balik KL ikut jalan Alor Gajah sebab Kak Ina nak singgah pekan Alor Gajah makan cendol and Cucur Udang. Cendol memang pure and sedap. Cucur udang or Kuih Udang (as per the kiosk's signboard) pun rangup cuma tak suka sebab dorang buat macam ala2 rojak. Siap campur popia sejuk, nugget, fishcake kat dalam tu and curah sos. Pasni kalau beli saya akan mintak nak cucur udang sahaja. Tamau campur2. tu pun ramai yang beratur nak beli. menang panjang la barisan dia. and mana yang tapau tu semua bawak balik plastik besar ok.

Pastu tengah jalan tu singgah beli kupang. Murah sangat. 1kg RM4 je. berbaloi2. tapi sampai harini belum masak lagi sebab xde kunyit hidup kat rumah huhu. Okla, nanti sambung lagi. Let me know kalau ade tempat yang uolss nak saya ceritakan dengan lebih detail ek. Gambar next time la ye. Hihi

Salam